“Apa salahnya pemimpin DAP petik ayat al Quran dalam ceramah mereka? Bukankah itu tandanya mereka semakin dekat dengan agama Islam. Kita patut lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif. Inilah kejayaan Pas dalam berdakwah sesama rakan Pakatan Rakyat,” demikian antara respon penyokong Pas apabila mengulas laporan Buletin Utama berkenaan tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menggunakan ayat al Quran dalam beberapa sesi ceramah politiknya.
“Mereka sudah hilang sesat ajaran. Saya walaupun seorang Kristian tapi saya faham, hafal juga Surah Audah ayat ke-90… inna a’lah ya’muru bi adli wa ihsan… maksudnya Allah menyuruh kita berlaku dengan adil dan penuh belas kasihan.” Itulah antara transkrip ucapan Nga Kor Ming dalam satu ceramah Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini.
Penulis telah membuat semakan dalam beberapa rujukan termasuk al Quran dan terjemahannya samada versi Bahasa Melayu dan Inggeris, versi cetakan dan perisian, berhubung petikan ayat yang dimaksudkan oleh pemimpin DAP itu. Tidak pula dijumpai sebarang surah bernama ‘audah’ dalam kitab suci al Quran, atau mungkinkah surah itu hanya wujud dalam terjemahan al Quran yang dimiliki oleh Nga Kor Ming?
Pertama kali penulis menonton rakaman ceramah Kor Ming di Youtube, penulis mengagak dia cuba memetik ayat 90 dari Surah An Nahl yang berbunyi:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan ihsan (berbuat kebajikan), memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
Barangkali disebabkan kekekokan lidahnya yang tidak pernah mempelajari bacaan al Quran itu menyebabkan sebutan ayatnya menjadi tunggang-langgang. Bagi mereka yang beragama Islam, adalah sesuatu yang haram membaca ayat al Quran bilamana salah tajwid dan tersasar maksud asalnya. Membaca kalamullah pula bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dari hadas besar, dan tidak dibuat ketika berada di dalam tandas.
Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang ketika mengulas tindakan Nga Kor Ming itu telah menggesa supaya isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Apa yang berlaku ialah intonasi dia dan cara sebutan tersalah. Itu bukannya isu besar...kalau salah betulkanlah. Kalau salah baca dan terus suruh hentikan, bila seseorang itu nak fasih dan nak jadi pandai?," katanya sambil mempertahankan pemimpin DAP itu.
Memang tidak dinafikan kebenaran kata-kata pemimpin Pas itu, yang salah perlu diperbetulkan. Namun, hakikatnya kesalahan bacaan ayat al Quran oleh Kor Ming seolah-olah tidak pernah ditegur oleh orang yang berada dekat dengannya. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa rakaman ceramahnya yang dimuatnaik di Youtube. Dalam satu rakaman tidak bertarikh (http://www.youtube.com/watch?v=GsBzrYfPf3U), Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis itu ketika berceramah di Bukit Gantang telah memetik ayat al Quran secara caca-merba dan tersalah menyebut nama surah. Walaupun begitu, ucapan Kor Ming telah disambut dengan laungan takbir oleh penyokong-penyokong Pas, malah kedengaran suara seorang penyokong mereka dengan loghat Kelantan menjerit “UMNO tok leh baco! (pemimpin UMNO tak boleh baca)”.
Sementara dalam ceramah lain di Bukit Gantang juga seperti disiarkan rakamannya oleh Buletin Utama (http://www.youtube.com/watch?v=fD4iZpZb9-Q), sekali lagi pemimpin DAP itu menggunakan ayat al Quran yang sama untuk menarik perhatian pendengarnya. Namun kali ini, petikan ayat yang dibuat lebih tunggang terbalik. Berikut adalah transkripnya:
“Mengikut surah audah ayat ke-90, innama a’lah ya’muru bi adli wa ihsan... Betul tak? Sesungguhnya Allah menyuruh kita berlaku dengan adil dan penuh belas kasihan...”
Ucapan pemimpin DAP Perak itu telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai penganut agama termasuklah beragama Islam. Kedengaran juga suara-suara yang mengiyakan bacaan dan terjemahan yang dibuat oleh Nga Kor Ming itu.
Penulis percaya Nga Kor Ming mungkin sudah acapkali memetik ayat al Quran dan terjemahan yang sama dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong pembangkang yang beragama Islam. Dengan demikian, mengapakah tidak ada pemimpin atau penyokong Pas dan PKR yang beragama Islam menegur bekas exco Perak itu? Jika ada yang menegur, kenapa pula Kor Ming terus menerus mengulangi kesilapannya? Penulis agak kurang yakin ada kalangan rakan-rakan pembangkangnya berani memperbetulkan kesilapan itu. Ini adalah kerana melalui dua rakaman video sebelum ini menunjukkan reaksi teruja dan kekaguman para penyokong Pas apabila pemimpin DAP itu memetik ayat al Quran sekalipun dengan kesilapan yang ketara.
Dengan demikian, dapatlah dibuktikan bahawa kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak menasihati semua pihak supaya memperbetulkan kesalahan yang dibuat oleh mana-mana individu bukan Islam ketika membacakan ayat al Quran tidak dipraktikkan oleh pemimpin dan penyokong Pas sendiri. Cakap tak serupa bikin! Lebih teruk lagi, ada kalangan pemimpin besar Pas mempertahankan tindakan Nga Kor Ming memetik ayat al Quran secara caca-merba untuk tujuan kempen politik.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia baru-baru ini telah memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian dan keagungan kitab suci itu.
Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata untuk kepentingan politik.

-------------------------------------------------------------------
Nga hina agama, umat Islam: Mufti
Adun perlu mohon maaf kepada umat Islam segeraKUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.
http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20090407001640/Article/index_html
-------------------------------------------------------------------
Bukanlah maksud penulis untuk menghalang mana-mana individu bukan Islam memetik ayat al Quran untuk tujuan baik, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan di sini ialah tindakan pemimpin bukan Islam seperti Nga Kor Ming yang memperalat ayat al Quran dengan membacanya secara caca-merba perlulah ditentang kerana ia adalah suatu tindakan mempersendakan kitab suci umat Islam.
Janganlah menyangka ayat al Quran itu boleh dipetik dan dibaca sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira ketepatan sebutan dan maksudnya, hanya kerana untuk menarik perhatian orang ramai menyokong partinya. Al Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia. Melalui al Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya. Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca secara tepat dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah, bukan perkara sebarangan. Renungilah firman Allah ini:

Maksudnya: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam. [Surah an Nisaa’: 140]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan