Sabtu, 29 Disember 2012

Rahsia Kenapa Kristian Mahu Guna Kalimah 'Allah'


Di Malaysia ketika ini masih terdapat kelompok umat Islam memandang remeh isu desakan orang bukan Islam untuk dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan ajaran agama mereka. Malah kelompok ‘liberalist’ dan ‘pluralist’ Islam ini menggesa pula umat Islam supaya tidak perlu khuatir jika bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah tersebut atas alasan kononnya gambaran ancaman kegelinciran akidah umat Islam adalah sebenarnya hanya datang dari orang Islam yang lemah iman semata-mata.

Sebenarnya kekhuatiran dan kewaspadaan itu sangat berasas serta munasabah. Penentangan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini bukan datang dari mereka yang lemah iman tetapi hadir dari mereka yang sangat arif tentang agama, dakwah dan permasalahan umat Islam termasuk dari kalangan para mufti dan ulama pelbagai parti politik.

Majlis-majlis agama Islam negeri sendiri juga telah bertindak memohon kebenaran untuk mencelah dalam semakan kehakiman terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan pada 5 Mei 2009 yang telah memberikan kebenaran kepada Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk memohon bagi semakan penghakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan “Herald - Catholic Weekly.

Pada 21 April 2008, Pakiam telah memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.

Beliau kemudiannya mengemukakan semula permohonan baru pada 16 Februari 2009 selepas permohonan serupa sebelum itu telah dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.1

Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika memohon semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.

Langkah pihak berkuasa melalui majlis-majlis agama Islam negeri ini sebenarnya adalah bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama sebagai akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta boleh menimbulkan sensitiviti agama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.2

Memang kita mengetahui bahawa kalimah ‘Allah’ ini turut digunakan oleh bukan Islam di negara-negara Arab dan negara jiran kita, Indonesia untuk merujuk kepada Tuhan mereka, bahkan sebelum kehadiran risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Walaupun larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadis, serta mana-mana kitab fiqh muktabar namun tindakan menyekat penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada bukan Islam di negara ini sebenarnya menepati kehendak 'Siyasah Asy-Syar’iyyah'3.

Pihak berkuasa boleh berijtihad atas dasar ‘Masolih Mursalah4 iaitu kemaslahatan-kemaslahatan yang tidak ada dalil mengakui dan menolaknya, dan ia menepati tuntutan ‘Maqasid Syariah’5 (tujuan syarak) iaitu ‘Hifzu ad-Din’ (memelihara agama).

Kita juga amat menyedari bahawa di sana terdapat alasan yang amat munasabah dan kukuh untuk mewujudkan kewaspadaan dalam isu ini kerana dapat difahami penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan salah satu strategi terancang oleh pihak gereja untuk menyebar luaskan agama Kristian di Malaysia, dan di negara-negara bukan penutur jati Bahasa Arab dan memurtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama.

Ia dapat dibuktikan menerusi pendirian sebuah organisasi pendakyah Kristian, The People of the Book6 yang termuat dalam risalah strategi mereka. Walaupun mereka sendiri mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh mereka seperti berikut:
“We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.” 7
John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

Hultvall, dalam kata pengantar bukunya, Mission and Revolution in Central Asia menulis:
“It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too.” 8

Selain itu, Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Buku ini telah dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! karya mubaligh Kristian, Kevin Greeson yang menjadi panduan kaedah bagi memurtadkan umat Islam termasuk melalui penggunaan kalimah ‘Allah’.

Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam, antaranya ialah penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ ini dikritik dan kurang disenangi oleh kalangan pemimpin dan penganut agama tersebut sendiri namun disebabkan oleh muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada dakyah mereka, maka ia tidak dianggap sebagai sesuatu isu besar. Mereka menjadikan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini sebagai suatu ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Pengarah Misi untuk The Corpus Christi Baptist Association di Texas, Edd Jump mengakui keberkesanan kaedah ‘The Camel’ ini sekalipun dia secara peribadi tidak selesa dengan penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan.

Seorang baptis Georgia seperti dilaporkan oleh portal The Christian Index, mendakwa kaedah ‘The Camel’ telah menjadi pendekatan yang sangat berkesan sepertimana dapat disaksikan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat. Baptis itu berkata: “Sebahagian orang menggunakan pendekatan ini dalam komuniti kita dalam perkara asas harian dan mereka melihat tindak balas yang hebat.”

Sementara itu, Presiden The Christian Index IMB, Jerry Rankin dipetik sebagai berkata:
“What our missionaries are doing with ‘The Camel’ is much like what Paul did when he went to Athens. He saw an altar ‘To The Unknown God’ and stated, ‘him declare I unto you.’ In seeking to reach the Muslims, you start with where they are and with their worldview and bring them to the bridge, to the passage in the Qur’an that speaks of Isa (Jesus) and then take them to the gospels. Of course, the Bible is the inspired Word of God and you pray and trust the Holy Spirit to reveal the truth about Christ to them.” 9
Kita juga didedahkan dengan laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God”.10 Di mana laporan ini secara tidak langsung telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Majalah berkala Kristian Evangelika, Christianity Today keluaran Februari 2011 telah memuatkan laporan cover story bertajuk Muslims and the “Son of God” turut menyentuh strategi penggunaan kalimah 'Allah' dalam penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. 

Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims”, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ”, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam, maka penggunaan istilah itu tetap diteruskan.

Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti umat Islam tahun sebelumnya, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).

“This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. Mungkinkah negara tersebut ialah Malaysia?

Artikel tersebut juga memetik seorang missiologist (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika sejak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).

Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”.

Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture”.

Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases”.

Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively”.

Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi usaha untuk memurtadkan umat Islam yang menjadi matlamat mereka.11

Mengapakah pihak Gereja Katolik tidak mahu menggunakan istilah Tuhan, ‘God’ atau ‘Lord’ dalam penerbitan mereka, sebaliknya mahu bertegas menggunakan kalimah Allah. Puak-puak ini sanggup untuk turun naik mahkamah hanya sekadar inginkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.12 

Semoga dengan pendedahan ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan umat Islam terutama kepada mereka yang masih keliru dengan agenda tersembunyi musuh Islam dalam penggunaan kalimah ‘Allah’ ini.

Ambillah peringatan Allah Taala dalam al-Quran seperti berikut:


“Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". [Surah al-Baqarah: 120]



[1] Akhbar Herald - The Catholic Weekly, pada tahun 2009 berdepan masalah berikutan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk penerbitan edisi Bahasa Malaysianya yang menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Pada 16 Februari 2009, Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam sebagai penerbit akhbar berkenaan telah mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 21 April 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah memohon sebagai pencelah dalam semakan kehakiman tersebut.

Bagaimanapun, dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 telah memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya, kemudian digantung sementara menunggu rayuan kerajaan yang berhujah bahawa kalimah 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.

[2] Fatwa rasmi oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ ini boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah

[3] Perkataan ‘siyasah’ (سياسة) dari sudut bahasa bermaksud “mentadbir sesuatu perkara dengan baik” atau “pemerintah mentadbir urusan rakyat”. Perkataan ‘syar‘iyyah’ (شرعية) pula berasal dari perkataan ‘syari`at’ (شريعة) dalam Bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya diertikan sebagai “sumber air minum atau pembawaan yang jelas”.

Menurut sudut istilah, para fuqaha’ (ahli-ahli fiqh) pula mentakrifkan ‘Siyasah Asy-Syar‘iyyah’ (السياسة الشرعية) sebagai “tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam penakrifan lain mereka berkata “menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut  ketentuan syarak.”

Siyasah Asy-Syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang  berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum negara Islam dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin. [Abdul Wahab Khallaf: Siyasah Syar`iyyah Aw Nizam al-Daulah Islamiyah Fu Syu Un al-Dusturiyah wa al-Kharijiyah wa al-Maliyah; Kaherah, Dar al-Ansar. hlm.18]

[4] ‘Masolih Mursalah’ (المصالح المرسلة) dari segi bahasa bermaksud “suatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak kerana boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan daripada keburukan.” Menurut istilah, ia bermaksud “membuat sesuatu hukum dan undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.” [Abdul Karim Zaidan. 1994. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah. Cet 4. hlm. 237]

[5]Maqasid’ merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid asy-Syariah’ (مقاصد الشريعة) merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum. Terdapat 5 perkara asas dalam ‘Maqasid Asy-Syariah’ dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini iaitu:

(1) Memelihara agama, Hifzu ad-Din (حفظ الدين), (2) Memelihara nyawa, Hifzu an-Nafs (حفظ النفس), (3) Memelihara akal, Hifzu al-Aqli (حفظ العقل), (4) Memelihara keturunan, Hifzu an-Nasl (حفظ النسل), dan (5) Memelihara harta, Hifzu al-Maal (حفظ المال).

[6] The People of the Book ialah sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam Bahasa Sepanyol. Sila rujuk  http://www.thepeopleofthebook.org/about.html

[7] The People Of The Book - Following Isa along the straight path, Strategy Brochure. Risalah dakyah Kristian ini boleh dimuat turun di http://www.thepeopleofthebook.org/PofB-PDF/PofBbrStrat.pdf

[8] John Hultvall, Mission and Revolution in Central Asia, Preface by the Author 1981, hlm. 7. Tulisan ini boleh dimuat turun di http://www.missionskyrkan.se/Svenska-Missionskyrkan/Aktuellt/Material/Mission-and-Revolution-in-Central-Asia-by-John-Hultvall/

[9] Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila baca di http://www.christianindex.org/3313.article.print

[10] Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut, sila akses kepada edisi online di http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html

[11] Untuk kupasan asal artikel majalah Christianity Today, Februari 2011 bertajuk Muslims and the “Son of God”, sila baca di http://membelaislam.wordpress.com/2011/04/21/kenapa-tidak-boleh-dibenarkan-pihak-gereja-mengguna-istilah-"allah"-untuk-tuhan-jesus-mereka/ 


45 ulasan:

  1. Usaha Kristian menggunakan kalimah Allah bukan untuk hanya utk memesongkan umat Islam hari ini. Malah, tujuan mereka yg sebenarnya utk mengelirukan generasi Islam yang akan datang. Umat Islam yg angkuh kerana menganggap iman mereka kuat, pasti tak akan sedar bahawa serangan akidah ini ditujukan kepada anak-anak mereka yg sedang membesar dan tercari-cari arah hidup. Oleh yg demikian, mmg wajar kita menentang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam. Ini adalah globalisasi Barat utk penjenamaan semula seluruh umat di bumi. Alangkah bodohnya sekiranya umat Islam masih enggan mengakui ancaman Barat yg mula menakluki gaya hidup mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam bro, saya faham benda ni mmg jadi ancaman pada generasi akan datang kalau tak di tangani dengan betul. tapi kita perlu lihat dari mana datangnya permasalahan ini. pada pandangan saya, ketidak teguhan akidah dikalangan umat islam adalah disebab kan kekurangan ilmu Al Quran dan Al sunnah di dada ibu bapa kepada anak anak kita dan secara tak langsung menggoyahkan iman anak anak kita sebab tak dapat ilmu secukupnya dari ibu bapa mereka. "takkan kita nak salah kan ribut kalau rumah kita roboh sebab kita bina rumah tepi pantai kan? kalau kita tahu rumah kita tepi pantai, pastikan tiang seri kita kukuh tahan ribut dan rancang lebih awal pelan keselamatan hadapi ribut.:). wallahu a'lam brother. Yang baik Allah punya, yang kurang baik saya punya. Peace and Love.

      Padam
  2. Sangat setuju dengan komen saudara

    BalasPadam
  3. excellent discourse! thank you :)

    BalasPadam
  4. Membezakan kalimah Allah dan Tuhan juga mungkin boleh menyebabkan akidah anak-anak menjadi keliru, apa yang mungking terjadi hari ini ialah kita begitu sensitif bila orang lain menggunakan kalimah Allah, tetapi pada masa yang sama kita tidak peduli orang mengekutukan dan menfinah tuhan. Kejadian ini dicampur dengan kemudahan islam secara automatik kepada anak-anak orang islam, boleh menyebabkan anak-anak orang islam mempunyai satu kefahaman yang belum diuji iaitu mereka mungkin mempunyai keyakinan bahawa allah dan tuhan ialah suatu yang berbeza, iaitu Allah untuk tuhan orang islam dan tuhan untuk tuhan-tuhan orang yang bukan islam. Yang membimbangkan saya ialah mereka beranggapan adanya tuhan yang lain yang mereka tidak sembah kerana mereka di pihak yang benar kerana menyembah Allah sahaja.

    Dari sudut yang lain pula, saya selalu bertanya, adakah usaha mensucikan tuhan seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada suatu ketika dahulu sudah berhenti atau sudah tidak dibenarkan? Di sinilah saya melihat perbezaan menyebarkan agama dengan mensucikan kemuliaan tuhan. Apabila mereka ingin menggunakan kalimat yang sama, walaupun untuk tujuan apapun. Ia menjadi peluang juga kepada kita untuk bercakap siapa tuhan yang sebenarnya. Mereka berdakwah, kita juga berdakwah. Semoga kebenaran juga yang menang. Kita bukan mencampuri urusan agama mereka, kita hanya ingin mensucikan nama tuhan.

    Adakah apabila mereka mengatakan tuhan tiga dalam satu tidak menyakiti hati kita, adakah hanya apabila mereka mengatakan Allah adalah 3 dalam 1 ia akan menyakiti hati kita? Bagi saya sama sahaja, selama ini hati saya sakit apabila mereka asyik menfitnah tuhan dan utusan-utusan tuhan. Tetapi kita tidak berpeluang untuk berbicara kerana ini boleh dituduh mencampuri urusan agama.

    Hanya tuhan yang maha mengetahui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama Tuhan sentiasa suci untuk selama-lama tanpa akhirnya..yang perlu kita sucikan adalah hati, jiwa dan raga kita kerana kita akan kembali kepadaNya bila-bila masa sahaja. Mungkin sesaat dari sekarang..kita tidak tau..

      Padam
    2. Pembetulan, Satu Tuhan tiga peribadi.

      Padam
    3. Saya mahu berkenalan dengan anda semua. Saya seorang anak, saya seorang kakak pada dua orang adik, saya juga seorang adik pada seorang abang. tidak lama lagi saya menjadi isteri pada suami saya nanti, dan akan menjadi ibu akan datang. Inilah peribadi manusia di dunia sementara ini.

      Padam
    4. Allah tiada anak nama Jesus.. Jesus bukan tuhan dan memang mustahil dia tuhan.. Jesus hanyalah manusia biasa.

      Padam
    5. yang disembah itu Tuhan namanya Allah.. Tuhan yang mana? Tuhan yang tidak beranak dan tidak diberanakkan.. Tuhan Yang Maha Sempurna dan tidak ada yang setara dengan Nya.. yang di bantah ialah penggunaan nama Allah kepada Tuhan yang ada anak.. bukan kepada Tuhan.. sila fahamkan..

      Padam
  5. Imanilah agama masing-masing. Kenapa pula orang lain boleh keliru dengan agama orang lain? bukannya mereka masuk Gereja atau membaca bahan-bahan atau buku-buku agama lain. Sebelum ini saya pernah menjadi pekerja sambilan di Perpustakaan dan pernah membaca buku-buku agama anda tetapi saya tidak terpengaruh pun kerana saya percaya dan mengimani kepercayaan agama saya iaitu satu Allah tiga peribadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kena pada anak kau baru padan muka. Baca artikel tu sampai habis. Pemalas sungguh.

      Padam
    2. Satu Allah tiga Peribadi bermaksud? jika peribadi itu sifat? sifat Allah menurut Islam ada 20 sifat.. tapi beranak bukan satu darinya.. :)

      Padam
    3. tiga peribadi?????? do you mean that GOD has appear in the world like JESUS (ISA) in your religion. Why do GOD have to appear as human if he really is GOD. We muslim believe in JESUS just like you but we never worship him as GOD. We believe him as a MESSENGER of GOD. We believe ALLAH give us guidance through AL-QURAN to live in the world and sent upon us HIS messenger MUHAMMAD S.A.W to deliver the message. We believe in the messenger before prophet MUHAMMAD S.A.W. And I don't understand why is in your religion that our god have to die for our sin? If he is our god, he should not die but lead us in this life. And how it clean our sin by him dying. I want to know your answer, please

      Padam
  6. Semoga Allah swt memelihara iman kita semua..dan semoga Allah menjadikan tipudaya mrka siasia belaka..sesungguhnya Allah adalah yang sebaik baik yang mengagalkan tipudaya...

    BalasPadam
  7. kenapa agama lain mahu menggunakan nama allah? bayangkan kita duduk semeja dgn orang2 pelbagai agama dan sedang berbincang dan mengelarkan allah sebagai tuhan masing2, jika ada kanak2 disitu, tentu dia akan keliru. allah ni refer pada agama yg mana?

    klu agama hindu, klu xsilap saya ada pelbagai dewa (maaf klu silap). jika agama hindu juga menggunakan nama allah.mcm mana pula jadinya?

    apa kata dalam bible, nama jesus itu ditukarkan kepada nama allah? rasanya penganut kristian setuju x?

    BalasPadam
  8. kepada manusia2 yg angkuh dan sombong,yg dengan mudahnya ingin menyamakan Allah dgn tuhan bg agama yg selain Islam,sedarlah bahawa Allah dr pemahaman islam yg diajar Nabi Muhammad saw dspnjg hayatnya adalah Tuhan yg maha Esa,Tuhan yg satu,yg tidak beranak dan tidak pula dperanakkan,hnya Dia yg layak dsembah,Dialah ALLAH,yg sbenar2 d alam ini,sedang Tuhan bg agama selainnya ada berbagai2,tidak esa,bersaudara,beranak dan juga dperanakkan,tidak mungkin sama apa yg disebut andai makna dan niatnya berbeza,kpd manusia yg ingin menjatuhkan agama islam dgn mempermainkan nama Allah,tunggulah azab yg pedih dr Allah,krana Allah ketahui akn hati2 stiap makhluk yg dciptakanNya,tidak ada sdikit pun teralih pndgnNya dr kita..sdarlah wahai muslimin dan muslimat,sekuat mana iman,sejauh mana ketaqwaan kita,pasti teruji d dunia ini..oleh nafsu dan syaitan..dan Allah amat kasih akn hambaNya..fikirkan kesan dr perbuatan kita..krn kta dsana ada plhn..samada syurga ataupun neraka..bgaimana pndgn Allah pd kta andai kita terlibat sama mempermainkan namaNya ntk kpentingan d dunia yg bkn dciptakan ntk kta para muslimin dan muslimat..renungkanlah..Allahuakbar..Subhanallah..Alhamdulillah..Laaaailahaillallah..

    BalasPadam
  9. Bodoh ke apa. Agama tak pernah wujud.

    BalasPadam
  10. Kenapa bodoh ? Apa maksud agama x pernah wujud ?

    BalasPadam
  11. Yesus adalah makhluk (manusia) yang dipertuhankan/dijadikan tuhan, jadi Kristen hanyalah agama buatan manusia, bukan agama wahyu, kitab (Injil) adalah kitab yang tidak konsisten karena setiap zaman mengalami revisi, jauh sekali perbedaan dengan Islam sebagai Agama Wahyu Allah. jadi sebaiknya tidak perlu diperdebatkan. Lakum Diinukum Waliyadiin......

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf ya bang,kalauabg tak percaya dgn kitab2,rukun iman abg dah kurang satu,tinggal 5 saja.kitab2 itu semuanya wahyu allah dan injil salah satu kitabnya.kita mesti beriman kepadanya kerana terdapat di dlm rukun iman,percaya kepada kitab2.Injil adalah kitab yg benar kerana ianya kitab wahyu yg diberikan kepada nabi ISA tetapi yg digunapakai oleh org kristen sekarang bukannya INJIL lagi.setelah di tokok tambah dan di campur adukkan oleh paderi2 mereka dahulu INJIL dah tak asli lagi,dan namanya pun bertukar menjadi BIBLE,HOLY BIBLE DAN lain 2 lagi.........

      Padam
  12. DR MAZA perlu baca artikel ni...

    BalasPadam
  13. Better baca fadilat 99 nama ALLAH apabila menjadi zikir..Kekuatan nama ALLAH sendiri sangat hebat..Jikalau bukan islam yg menyebut nama ALLAH seperti tiada makna dan ALLAH itu hanya sekadar nama tapi bukan kehebatan disebalik nama itu..renung2kan lah..sebagai umat islam kita memang harus tentang pengunaannya..bukan kerana lemah iman tapi takut pada kebesaran nama itu sendiri..

    BalasPadam
  14. http://youtu.be/PGnN9E85RAE
    http://youtu.be/L9j6V6Ih_Fs

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, umat islam diwajibkan mengenal Allah("awaluddin makrifatullah") dan mengikut ajaran rasulullah SAW.. Tetapi jika ada pihak lain yang hendak menggunakan nama Allah tetapi tidak makrifat dan tidak mengikut ajaran rasulullah SAW..itu adalah satu tipu daya untuk merosakakan akidah umat islam khususnya "islam keturunan"...jika sdra2 didatangi oleh manusia yg bukan islam tetapi menggunakan nama Allah,cuba2lah tanya satu/dua soalan bodoh aje,contohnya 1) 'cuba kamu terangkan bagaimana rupa tuhan kamu yg kamu namakan Allah itu 2) siapa yang beri nama tuhan kamu itu Allah dsbnya...wallaua'lam...

    BalasPadam
  16. Wallahua'lam(maaf typing error)

    BalasPadam
  17. Saya ada buat penulisan tentang isu ini utk dikongsikan.

    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2013/10/umat-islam-di-malaysia-wajib_20.html

    BalasPadam
  18. Salam.kepada yang beragama Kristian,kalau teringin sangat menyebut nama Allah.Kembalilah kepada Islam.mengucap dua kalimah syahadah,yakin kpd Allah s.w.t. Yang maha esa, dan yakinlah Nabi Muhammad itu pesuruh dan Utusan Allah..yakinlah kpd Islam.boleh dah pakai nama Allah.sebut nama Allah.to kalau masih dlm kekafiran(bukan islam).janganlah nk sebut nama Allah,sebab belum layak lagi.Allah yang maha esa tidak beranak dan diberanakan,tidak tidur,makan,minum dan yang berkuasa di hari pembalasan adalah tuhan kepada muslimin dan muslimat.

    BalasPadam
  19. Jika perhatikan betul2 pada gambar buku bible yg dipegang oleh paderi tu.. seakan2 serupa dgn design muka buku depan Al Quran... Bible di dlm tulisan khat?? Sedangkan bahasa ibunda Injil yg dibawa oleh Nabi Isa ialah bahasa Aramaic!!! Kenapa saja saja nak cari pasal nie??? kita sama2 hidup di bawah satu bumbung, aman dan tiada sengketa tu semua.. tidakkah tindakan paderi ini akan menjejaskan silaturahim keharmonian kita selama ini?? selaku pemimpin agama... tidak kah paderi itu nampak kesannya...

    BalasPadam
  20. Asalamkm w.b.t .... aku x mahu kusut musut kepada otak , pada aku senang sahaja tak mau hujah mcm2 buat pening kepala .....SENANG SAHAJA ... kenapa kita perlu gusar dan takut sebab ALLAH telah menurunkan surah al-ikhlas dalam menafikan konsep yang dibawa oleh agama Kristian 'TRINITY' iaitu dalam Islam telah menekankan bahawa Allah TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKAN NAHHH JELAS sekali bahawa jika Allah itu ada trinity sbagaimana yg dibawa oleh agama kristian dan difahami oleh penganut mereka mana mungkin tuhan ada POWER sbb ada unsur manusia dan bayangkan jika tuhan dan manusia adalah sama layak ke digelar TUHAN . CONTOH PALING BAIK BAYANGKAN JIKA SATU TUHAN ADA TIGA ROH sudah pasti semua akan nak tunjuk power masing2 , adoiiii cuba lah fikir dengan jelas sesungguhnya ALLAH ITU 'Ahad' = TUHAN yang satu , kaum muslimin dan muslimat kita patut besyukur dilahirkan dalam ISLAM , Agama bukan ciptaan manusia , lemah tetapi direct dari ALLAH kepada RASULNYA ( GOLONGAN MANUSIA TERPILIH) kepada manusia seluruh alam semesta . kepada bukan ISLAM tolonglah belajar dan fahami ajaran islam dengan lebih mendalam , maka kamu akan dapati bahawa sesungguhnya tiada agama yang selengkap .adil .saksama kepada islam dan bukan islam , maaf saya juga telah membaca bible , dan kitab2 agama lain Nampak ada unsur kekeliruan kadang persoalan Nampak tidak lengkap dan tergantung . tapi saya tidak menghina agama anda semua itu hak anda untuk anuti dan fahami . pada saya selepas memahami semua agama lain didunia ini ISLAM adalah lengkap terbaik dan sangat2 LEMBUT (TOLENRASI )DAN MENYAKINKAN

    BalasPadam
  21. org arab sndri pn x mrah org kristian d sna sbut allah.. oh politik!! gra2 politik ble hancur negara kita ne!!

    BalasPadam
  22. Belajarlah tentang Islam. maka anda akan mendapati tiada agama yang lebih baik daripada agama tauhid yakni ISLAM yang mengesakan ALLAH. Di Malaysia, Islam adalah agama rasmi persekutuan.. maka tidak salah bagi kerajaan dan perlembagaan melindungi hak2 keistimewaan Melayu dan Islam itu sendiri...tolong fahami erti toleransi.. penganut agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka namun mereka perlu tahu bahawa mereka dilarang keras menyebarkan ajaran agama yg mereka anuti kepada umat islam... ini adalah undang2 yg ditetapkan untuk memelihara akidah dan kepentingan umat islam sendiri.. Maka setiap pihak harus menghormati peraturan dan ketetapan ini. Kami tidak melarang penganut kristian untuk berdakwah, asalkan bukan kepada umat islam..kami umat islam tidak pernah memaksa penganut kristian memeluk islam maka hormatilah kehendak majoriti umat islam di sini... kiranya sesuatu perkara itu boleh membawa kemudaratan yg lebih besar, maka adalah lebih baik bagi kita untuk menjauhi dan mengelaknya... perpaduan antara kaum dan agama harus dikukuhkan bukan dirosakkan dgn tuntutan sedemikian rupa yg tiba-tiba muncul pada waktu-waktu sebegini.

    Wallahua'lam

    BalasPadam
  23. kena paham 1 perkara jer..islam xmelarang penganut agama lain menggunakan perkataan Allah..tp pentadbir iaitu krajaan berhak menghalang atas dasar perlindungan agama islam dan akidah umat islam bkn krn perkataan Allah itu milik kita...

    BalasPadam
  24. Penyelesaian bersifat undang-undang yg melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain umat Islam di Malaysia sewajarnya bersifat sementara sahaja dan bukannya berkekalan kerana ia tidak selaras dengan "Allah Tuhan sekalian Alam". Mungkin kita perlu kembali kepada ajaran Tauhid yang tidak kusut, memahami keesaan Allah secara Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa Sifat amatlah mudah dan kukuh tanpa ada kekeliruan lagi. Kanak2 juga boleh memahami bahwa Allah Rabb Pencipta sekalian alam, hanya Dialah Ilah yang wajib disembah, dan bagiNya lah segala nama2 dan sifat2 yang terpuji lagi terpelihara. Muhammad SAW itu pesuruh Allah, dan Isa AS adalah seorang Rasul yang dicintai oleh umat Islam. Inilah perbezaan asas agama Islam dengan agama kristian.

    BalasPadam
  25. Artikel ini membawa fitnah yang sangat dimurkai Allah. Penulis tidak memahami Allah maha pengasih dan penyayang. Islam sekarang berada pada kedudukan second class, negara-negara Islam penuju kepunahan, Al-Azhar berada di negara yang porak peranda dan dipenuhi pembunuhan. Allah mengajar berbaik dgn jiran dan umat yang lain. Bila bencana tiba spt. tsunami siapa yang sampai dulu? Orang Islam? Tidak, org Islam sibuk dgn kitab dan nabiNya dan lupa Allah maha pengasih dan penyayang. Status quo Islam kekal kerana artikel seperti di atas. Orang Islam sepatutnya khalifah, mentadbir dunia ini dengan baik dan adil. Inilah sebabnya bila tidak memahami Allah, yang berkata 'insan adalah semulia-mulia kejadian'. Para ulama menjadikan kefahaman hamba, jadilah muslim bersifat hamba, rendah diri termasuk mental, cemburu, hasad, rasa ditindas, pemarah, bunuh diri dan sebagainya. Sedarlah wahai orang Islam, anda sekalian dibohongi oleh ulamak-ulamak terbang malam ...

    BalasPadam
  26. Iman tak... bangsa melayu mudah tepengaruh.. bangsa terkutuk lebih dari pada yng kamu sumpah .. israel.. melayu iman mcam tahi ayam.. hangat2 tahi ayam.. mudah keliru..

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum...
    Dalam riuh n pelbagai karenah dari pihak brkuasa negeri..pihak berkuasa agama n hngga ke mahkamah tinggi duk sok sek sok sek psal kalimah Allah..ada yg pro ade contra dlm bab ni..
    Sya nk ingat lan satu je..
    Nabi ada brpesan/tinggsa pade kita 2 prkara..iaitu al quran dan sunnah..skiranya kamu memelihara.. mngamalkan dan brpegang teguh 2 prkara itu nescaya kamu x akan sesat buat slamanya..

    BalasPadam
  28. Sudah2 lah puak kristian. Ajaran triniti 3 dalam 1 tu ajaran gereja bukan ajaran bible. Penyaliban Jesus untuk menebus dosa manusia pun hanyalah doktrin gereja. Allah itu Esa. Tiada dua atau tiga. Hentikanlah mengajak umat Islam ke jalan neraka. Dosa syirik adalah dosa yg tidak akan diampunkan Allah. Maaf cakap lah. Taubatlah sebelum terlambat. Kembalilah ke jalan Allah. Tinggalkanlah syirik kepada Allah. Masuk Islam la kalian.

    BalasPadam
  29. Just because someone uses the world Allah, you're saying you can get confused? How weak is your faith? Please dun disgrace your own religion and the the people who have stronger faith in Islam compared to you.

    BalasPadam
  30. People stood up for their religion, yet mr.DrVk here said they had weak faith.. Ur the one who confused here bro.. LOL

    BalasPadam
  31. Saya tertarik dengan kenyataan dalam perenggan 12:

    "Walaupun mereka sendiri (Pihak gereja)mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible,"

    sedangkan muslim sendiri mengakui bahawa GOD dalam bible yang sebenarnya yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s adalah membawa maksud Allah.Terpulanglah kepada kita untuk menilainya. Bagi ana perkara ini tidak perlu menjadi isu.Kalau kita kaji punca orang melayu murtad adalah kerana saya boleh katakan satu sahaja kerana * islam agama yang mudah tapi disukarkan* tak kiralah baik isu mahar, isu zakat yang penuh dengan birokrasi ( http://penpatah.blogspot.jp/2013/10/serius-kenapa-gereja-kadang-kala-lebih.html ) dsb.Isu isu sebegini nampak kecil tapi besar kesannya sayang sekali tidak pula diambil berat oleh pemimpin-pemimpin kita. Akhir sekali kalau cuba kita fikir kembali kita boleh berlembut dalam isu hudud yang mana jelas hukumnya di dalam Al-quran (http://drmaza.com/home/?p=2039) tapi kita berkeras dalam penggunaan kalimah Allah yang tidak dinyatakan dalam mana2 hadis maka orang yang nak masuk islam akan beranggapan islam agama yang sukar dan penuh kontradiksi. Biarlah mereka berstrategi menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan dakyah mereka kerana hidayah itu milik Allah.Waallahua`lam.

    BalasPadam
  32. (quote) Biarlah mereka berstrategi menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan dakyah mereka kerana hidayah itu milik Allah.Waallahua`lam (quote).
    Usaha kena buat, takkan nak 'biarlah je'.

    BalasPadam
  33. Usaha hendaklah dimulakan dengan menebalkan keimanan dalam diri anda sebelum menyalahkan orang lain.Dan usaha hendaklah baik untuk kedua belah pihak bukan sebelah pihak sahaja.

    BalasPadam
  34. 0rang kristian dengan agamanya sendiri..Orang Muslim dengan agamanya sendiri.....bagaimana orang Kristian dapat memahami mengenai agama islam sedangkan mereka bukan bersembahyang di masjid...mendengar kuliah dan bersekolah di sekolah dakwa....begitu juga dengan orang Muslim bagaimana mereka boleh mempersoalkan mengenai TRINITY sedangkan mereka bukannya sembahyang di gereja ataupun mengamalkan kepercayaan orang kristian...dengan kata lain....Tuan punya badan tahu apa saiz kasut yang dia pakai...warna apa yang dia suka.... siapalah kita untuk menentukan apa yang orang lain mahu guna dan tidak boleh guna...ukur baju badan sendiri lah..kalau nak tahu tanya pada yang berkenaan....yang berpengatahuan....jangan p tanya blogger atau menteri yang guna luahan dan pandangan masing-masing.....memperjuangkan hak agama masing-masing itu bagus dan semestinya diteruskan tetapi periksalah lah dahulu DIRI SENDIRI...cukup layakkah untuk kita bersuara sedangkan akidah sendiri sudah terpesong jauh....mak bapak berdakwah siang malam...anak-anak berclubbing tiap malam....... fikir-fikirkan lah...

    BalasPadam