Ahad, 13 November 2011

Seksualiti Merdeka, Ambiga dan Agenda New World Order di Malaysia

Landskap politik dan sosial negara telah banyak berubah selepas Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu. Antara perubahan yang ketara diperlihatkan kepada kita ialah keberanian kelompok minoriti menyuarakan apa yang didakwa sebagai hak asasi dan keadilan sosial bagi mereka.

Kaum minoriti kini secara berani dan terbuka mempersoalkan dasar-dasar afirmatif bumiputera, sistem kuota, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, kedaulatan Raja-raja Melayu dan penguasaan bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Keadaan ini berlaku disebabkan kedudukan kuasa politik kumpulan majoriti iaitu Melayu-Islam kelihatan lemah sehinggakan kumpulan minoriti tersebut mengambil peluang untuk membuat tuntutan-tuntutan yang sebahagiannya melampau demi kepentingan kelompok mereka.

Demikian juga dengan kelompok minoriti lain yang berasaskan kepada orientasi seksual luar tabii iaitu kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Benar, kumpulan ini sudah wujud di Malaysia sebelum 2008 lagi, namun keghairahan dan keterujaan mereka untuk mempromosikan budaya hidup songsang ini tidaklah sampai ke tahap penganjuran festival terbuka kumpulan tersebut.

Selama ini aktiviti-aktiviti kumpulan LGBT ini hanya bergerak secara sulit sehinggalah selepas PRU12 yang lalu iaitu pada Ogos 2008, kumpulan ini mula berani bergerak secara terbuka melalui penganjuran Seksualiti Merdeka.

Seksualiti Merdeka merupakan festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Difahamkan bahawa matlamat festival ini ialah untuk memperakui hak-hak seksualiti sebagai hak asasi manusia, untuk memperkasa individu-individu dan komuniti untuk semua seksualiti, dan untuk mewujudkan platform bagi menyokong hak-hak seksualiti mereka.

Perlu diketahui bahawa Seksualiti Merdeka ini telah diasaskan oleh seorang penggiat seni, Pang Khee Teik dan seorang penyanyi yang juga penulis lagu, Jerome Kugan pada 2008. Kedua-dua individu terbabit telah membuat pengakuan terbuka mengenai orientasi homoseksual mereka.

Program festival ini merangkumi forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Kali kedua ia berlangsung pada bulan Ogos 2009 yang dirasmikan oleh Datin Paduka Marina Mahathir. Pada tahun 2011, festival kontroversi ini dijadualkan berlangsung mulai 1 hingga 13 November di The Annexe Gallery, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam dan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November lalu.

Bagaimanapun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak bijak dengan mengumumkan pengharaman semua acara yang dianjurkan sempena Seksualiti Merdeka tersebut. PDRM juga memberi amaran untuk mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis.

Apakah peranan Ambiga dalam festival Seksualiti Merdeka ini? Dia bukanlah ketua, pengasas mahupun penganjur festival yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarat Malaysia itu. Sebaliknya Ambiga merupakan orang yang diberi penghormatan tertinggi oleh golongan LGBT negara ini untuk merasmikan Seksualiti Merdeka 2011.

Signifikan dari penghormatan untuknya merasmikan festival tersebut mengesahkan betapa kuat dukungan Ambiga terhadap gerakan-gerakan yang cuba meruntuhkan sistem sosio-budaya, undang-undang dan politik negara yang didominasi oleh agama Islam dan adat resam Melayu.

Dari kiri: Ambiga Sreenevasan, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. Mungkin mereka antara penggerak utama agenda New World Order di kalangan NGO Malaysia.

Sebelum ini, Ambiga sangat terkenal sebagai orang yang paling kehadapan dan lantang dalam membela golongan murtad serta mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa kes mahkamah seperti Lina Joy dan penganjuran Forum Memeluk Islam ketika dia mengepalai Majlis Peguam.

BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga pula dilihat sebagai platform bersifat politik yang bertujuan mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat melalui penganjuran perhimpunan haram. Budaya demonstrasi jalanan ala-Barat dipromosikan kononnya atas dasar kebebasan bersuara dan hak berhimpun bagi rakyat.

Walaupun sesetengah pihak melihat sebahagian dari tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ada rasional dan kebaikannya, namun medium dan jalan yang diambil oleh kelompok Ambiga tersebut sebenarnya mempunyai agenda tersirat yang sangat berbahaya kepada agama, bangsa dan negara kita.

Sedarlah bahawa pihak yang opportunis termasuk golongan anti-Islam, Islam Liberal, Syiah, sosialis, cauvinis, LGBT dan beberapa kumpulan minoriti songsang sedang berusaha mengukuh dan mengembangkan pengaruh mereka dalam masyarakat. Mereka melihat kekuatan Islam dan Melayu itu semakin rapuh akibat perpecahan politik yang semakin ketara antara orang Melayu-Islam di negara ini.

Di sana ada kebenarannya pandangan seorang sarjana Islam, Prof. Madya Dr. Sulaiman Nordin yang mengaitkan Seksualiti Merdeka dengan New World Order. Rakaman video kuliah bertajuk “Seksualiti Merdeka 2011 – Membongkar Di Sebalik Agenda Ambiga” yang disampaikan oleh beliau boleh ditonton di laman Youtube pada pautan http://www.youtube.com/watch?v=fJo3jG7Swpw.



Istilah New World Order (NWO) telah digunakan oleh banyak ahli politik sepanjang zaman, dan merupakan istilah generik yang digunakan untuk mengacu pada konspirasi global yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan yang sangat kuat dan berpengaruh di mana di dalamnya termasuk orang-orang kaya dunia, pemimpin politik, perusahaan elit, serta anggota daripada kelompok bernama Black Nobility of Europe yang bertujuan untuk membuat dunia dengan satu pemerintahan (fasis) yang bebas daripada adanya kebangsaan dan daerah perbatasan.

Dr. Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata strategi mengunakan senjata liberty (kebebasan), equality (persamaan) dan fraternity (persaudaraan) pernah digunakan pada tahun 1789, semasa Revolusi Perancis untuk membentuk sebuah Negara Liberal pertama di dunia.

Ketika itu beberapa slogan lain turut digunakan oleh kumpulan Freemasonry antaranya “Strength (kekuatan), Equality (persamaan), Justice (Keadilan), namun slogan “Liberty, equality, fraternity” paling berkesan.

Menurut Dr. Sulaiman slogan kebebasan dan hak asasi itu digunakan untuk mencapai cita-cita revolusi yang sebenarnya di bawah telunjuk kuasa asing untuk menjayakan agenda New World Order (NWO) atau Order Baru Dunia.

“Ia adalah slogan untuk mencetuskan revolusi rakyat menentang pengusaha (pemerintah) untuk mewujudkan, menyusun semula Order Baru Dunia.

“Order Baru Dunia ini ditaja oleh 7 hingga 10 keluarga pemilik bank antarabangsa yang terkaya di dunia.

“Mereka ingin menguasai dunia yang disebut sebagai ‘global village’, di mana kuasa pemerintahan berpusat kepadanya dengan mewujudkan tiga kelas rakyat iaitu pemerintah, tentera dan pekerja”, katanya.

Menurutnya slogan ini adalah slogan sains sosialis untuk menyusun semula masyarakat yang bebas daripada nilai-nilai agama dan budaya kaum dan membentuk satu sistem sosialis komunis bentuk baru.

“Hak asasi manusia adalah slogan sosialis yang bersumberkan kitab Talmud (kitab agama Yahudi terpenting).

“Di belakang slogan ini adalah kuasa-kuasa ghaib yang berselindung di belakang pemilik-pemilik bank dunia”, katanya

Dalam buku The Hidden History of Money & Feudal Order Usury Secrets, karya Alexander James, mendedahkan, untuk mencapai cita-cita tersebut, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para pendokongnya dengan memporak-perandakan ‘nilai-nilai agama’.

Hal ini terbukti, apabila, Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Lucy Mc Fadden, tokoh yang terlibat secara langsung mengkaji perkaitan bank dengan kuasa mengesahkan bahawa pemilik-pemilik bank antarabangsa telah bekerja untuk mewujudkan suatu keadaan huru-hara dan kemiskinan supaya mereka (pemilik bank) boleh terus menjadi pemerintah (sebenar).

Selepas Peristiwa 9/11, empat negara Islam, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Libya menjadi sasaran melalui slogan tersebut.

Menurut Dr. Sulaiman, kebanyakan pengkaji Barat mencurigai modus operandi berlakunya Peristiwa 9/11 dan kemungkinan besar tragedi itu sengaja direka untuk mempercepatkan kejayaan agenda NWO.

Selepas Peristiwa 9/11, negara-negara Islam menjadi sasaran, termasuk di Malaysia yang dilakukan oleh Ambiga Sreenevasan dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

“Ambiga melalui BERSIH mendapat bantuan daripada NED (National Endowment for Democracy), pertubuhan topeng CIA, targetnya untuk melakukan huru-hara.

“Supaya mereka (Barat) boleh mengambil kesempatan seperti di Mesir dan Libya”, katanya.

Pada Julai lalu, sebelum menjelangnya perhimpunan haram BERSIH 2.0, Dr Sulaiman mendedahkan perhimpunan itu adalah sebahagian daripada agenda kuasa asing yang bertopeng ‘people power’ (Kuasa Rakyat).

Katanya, perkara ini semakin jelas, apabila Ambiga sendiri dijemput untuk merasmikan acara tahunan Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan mahu mengiktiraf kumpulan seks bebas, LGBT.

Katanya, program Seksualiti Merdeka 2011 adalah kesinambungan BERSIH 2.0 iaitu melakukan provokasi nilai-nilai ekstrim kepada masyarakat.

“Dalam demokrasi di Malaysia, mereka cuba merintis nilai-nilai ekstrim, seksual bebas, homoseksual, lesbian melalui NGO (hak asasi manusia).

“Kumpulan NGO ini berusaha mengancam nilai-nilai murni kumpulan rakyat yang majoriti yang (sudah pasti) tidak (akan) terima nilai-nilai seperti ini.

“Mereka menerima nilai kebebasan, persamaan dan persaudaraan sebagai perisai kerana di belakangnya adalah Soros, Cohen dan Madeline Albright.

“Mereka cuba membuat New World Order, di mana mereka (akhirnya menjadi) firaun terbesar”, katanya.

Menurutnya, kumpulan tersebut bersembunyi di sebalik istilah-istilah yang baik untuk menyembunyikan keganasan yang bakal mereka lakukan.

Dalam buku terbarunya bertajuk “Sejarah Pemikiran I – Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia” menyimpulkan bahawa matlamat akhir kumpulan kebebasan dan hak asasi manusia itu adalah untuk menukar takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan.

Mereka mahu takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan yang baru yang kononnya bersesuaian dengan peredaran zaman.

“Tuntutan hak asasi ini yang sebenarnya ditaja oleh The Fabian Society di London, New York, yang berasaskan pemikiran sosialis Marxisme yang di belakangnya dibiayai oleh pemilik bank antarabangsa.

“Mereka ingin menukar nilai masyarakat melalui kata ramai, kata majoriti (dunia), nilai masyarakat moden menggunakan slogan nilai perlu ikut zaman.

“(Nilai baru itu) mestilah lepas daripada kongkongan agama, agama itu katanya kuno, racun, membantutkan kemajuan dan sebagainya” katanya.

Namun begitu, mengikut kajian Victor E. Marsden dalam bukunya, ‘The Protocols of the Elders of Zion’, merosakkan nilai institusi keluarga dan pembelajarannya adalah termasuk dalam salah satu protokol Zionis tersebut.

Catatan pandangan Prof. Madya Dr. Sulaiman Nordin ini boleh diikuti di laman AIDC pada pautan http://www.anwaraidc.com/?p=18619.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa gerakan-gerakan untuk meruntuhkan sistem sosio-budaya, politik dan kedudukan agama Islam semakin tertonjol di negara kita dan didukung oleh ‘dajjal’ dan konco-konconya.

Kita mesti berwaspada dengan tindak-tanduk golongan ini termasuklah agenda Ambiga dalam mendukung hak asasi dan kebebasan tanpa batasan dalam negara ini. Hak asasi untuk orang yang memeluk Islam untuk murtad (Forum Memeluk Islam), hak seksualiti golongan LGBT (Seksualiti Merdeka 2011) untuk diiktiraf oleh masyarakat, hak melakukan demonstrasi jalanan walaupun tiada permit (BERSIH 2.0) dan banyak lagi slogan atas nama hak asasi manusia lain adalah agenda songsang Ambiga dan kelompoknya yang bertujuan untuk ‘menjayakan’ rancangan New World Order atau penjajahan bentuk baru oleh Barat dan musuh ke atas dunia Islam.

Selasa, 8 November 2011

Bob Lokman dan Akil Hayy - Fenomena 'Ustaz Mee Segera'?

Fenomena ‘ustaz mee segera’ pernah hangat dibincangkan di kalangan golongan lepasan agama dalam blog-blog, facebook dan forum agama di internet tidak lama dulu. Ironinya kebanyakannya lepasan agama yang rancak mengulas isu ini adalah mereka yang sangat condong kepada parti pembangkang. Mereka tidak selesa dengan kehadiran ramai ‘ustaz mee segera’ yang didakwa gemar berkarya, menganalisa bidang-bidang yang mereka cukup jahil, tanpa mempunyai ilmu alat yang kukuh terutama dalam bidang ilmu hadis, tafsir dan sebagainya. Selain itu, kelompok ‘ustaz mee segera’ ini didakwa gemar berfatwa dan gemar menjawab persoalan feqh setiap kali ditanya oleh orang lain.

Sama ada pandangan-pandangan golongan anti-‘ustaz mee segera ini’ benar atau tidak, hakikatnya mereka perlu sedar bahawa fenomena ‘ustaz mee segera’ yang dimomokkan itu telah lama berlaku dalam dunia politik tanahair terutama dalam salah sebuah parti politik yang menggunakan nama Islam iaitu Pas. Malah, kebelakangan ini ia kian ‘dimeriahkan’ dengan kehadiran beberapa ‘ustaz’ yang baru ‘dinobatkan’ gelaran tersebut sebaik sahaja menyertai Pas dan berceramah di atas platform parti tersebut.

Salah seorang daripadanya ialah Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman. Bob Lokman merupakan seorang artis yang pernah terkenal sebagai penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search di samping menjadi pengacara, pelawak dan pelakon.

Menurut Bob Lokman, penyertaannya ke dalam Pas kerana dia mempunyai masalah dengan kehidupan keluarganya terutama dalam mendidik anak. Baginya, Pas boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya itu. Imej dan penampilannya kini jauh berubah dari seorang artis hiburan kepada seorang lebai kampung.

Sejak pengumuman dia menyertai Pas awal tahun ini, Bob Lokman terus rancak berkempen politik untuk parti itu termasuk dalam beberapa pilihanraya kecil.

Tidak seperti beberapa artis lain yang dilaporkan menyertai Pas seperti Ito (kumpulan Blues Gang) dan Ringgo (vokalis kumpulan Arrow) yang tidak berceramah agama bersadur politik kepartian, Bob Lokman kelihatan seolah-olah begitu ‘teruja’ untuk menjadi ‘ustaz mee segera’ seperti mana seorang lagi rakan artis yang telah lama menyertai Pas iaitu Akil Hayy.

Mungkin juga disebabkan Bob Lokman merupakan salah seorang cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali dan dia pernah belajar di sebuah sekolah menengah agama di Kajang, Selangor membuatkan dirinya mudah untuk ditonjolkan sebagai penceramah agama bagi Pas.

Kita tidak menghalang hasrat mana-mana artis seperti Bob Lokman untuk berhijrah cara hidup mereka kepada kehidupan beragama yang lebih baik, tetapi kita tidak mahu melihat kelahiran artis sepertinya yang apabila berubah kononnya mahu mencari jalan agama sebaliknya berceramah politik menghentam peribadi saudara Islam yang lain tanpa segan silu.

Jika dia mahu berceramah agama tanpa unsur politik kebencian atau menasihati orang ramai dalam perkara yang dia mampu memahami dengan tepat dan jelas, itu merupakan sesuatu yang tidak salah malah patut dipuji.

Saya sendiri telah beberapa kali mendengar ceramah Bob Lokman yang dimuat naikkan di internet. Ternyata kandungan ceramahnya tidak wajar disampaikan oleh seorang artis yang mengaku telah bertaubat dari kemaksiatan yang dilakukannya semasa bergelumang dalam dunia hiburan.

Bila berceramah politik, tidak dapat tidak dia dapat dilihat secara semena-menanya mengecam, mengutuk, mempersenda dan memburuk-burukkan lawan politiknya terutama peribadi saudara seagama. Tidak terlepas dari bahan ceramah Bob Lokman ialah peribadi bekas pemimpin UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dan rakan-rakan artis.

Bob Lokman pernah dikecam kerana didakwa menghina keturunan syed semasa dia berkempen untuk calon Pas dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau tidak lama dulu.

Telatah Bob Lokman ini mengingatkan kita kepada seorang lagi ‘ustaz mee segera’ Pas, Akil Hayy, yang suatu masa dahulu aktif berceramah agama berbaur politik dan berkempen untuk Pas.

Akil Hayy pernah menjadi ‘fenomena’ kepada masyarakat ketika itu terutama kepada muda-mudi yang mula berjinak-jinak dengan agama. Dari kebolehan, kefasihan memetik dan melagukan ayat-ayat al Quran (yang mungkin tidak mampu ditandingi Bob Lokman) kepada mengupas isu-isu semasa mengikut perspektif dan citarasa orang muda telah menaikkan nama Akil Hayy lebih setengah dekad yang lalu.

VCD, DVD dan mp3 ceramah Akil Hayy sangat laris di pasaran, bahkan kandungan ceramahnya sering diperdengarkan di televisyen, radio, pasar-pasar malam dan pesta-pesta anjuran pusat pengajian tinggi. Di awal popularitinya, Akil Hayy lebih licik berbanding Bob Lokman dalam menyampaikan pengaruh Pas. Barangkali selepas dia menyedari tahap penerimaan masyarakat terhadapnya meluas, Akil Hayy mula menunjukkan belang sebenarnya sebagai penceramah politik di pentas-pentas kempen Pas.

Sebenarnya, Akil Hayy bukanlah seorang pendakwah yang mempunyai keilmuan dan kefahaman agama yang tinggi walaupun dia sangat popular ketika itu. Banyak ulasan agama yang tidak menepati pandangan sebenar Islam, malah dia tidak kurang juga banyaknya membawakan hadis-hadis palsu dan sangat lemah serta kisah-kisah Israiliyyat dalam ceramahnya. Kemampuannya memukau pendengar mungkin disebabkan kefasihan, kepetahan, lawak jenaka dan pengalaman zaman remajanya.

Namun dengan kuasa Allah, populariti yang dibinanya akhirnya musnah lantaran kontroversi krisis rumah tangganya. Hikmah dari peristiwa tersebut nampaknya telah mengubah sedikit sebanyak keterujaan Akil Hayy untuk berceramah menghentam peribadi saudara seagama yang berbeza pandangan politiknya. Barangkali Bob Lokman boleh mengambil iktibar dari kisah Akil Hayy ini. Penghijrahan kehidupan beragama dengan cara menyertai dan berkempen untuk Pas bukanlah bererti mereka telah mendapat lesen untuk mencerca atau mengutuk orang lain yang tidak sealiran. Ia juga bukanlah bererti mereka mampu merawat masalah keluarga seperti mendidik anak yang dihadapi Bob Lokman, kerana kisah Akil Hayy sendiri telah membuktikannya, dalam pada berkempen politik mencemuh peribadi orang lain Akil Hayy sendiri akhirnya terjerumus ke dalam masalah peribadi yang meruntuhkan keluarganya sendiri.

Seeloknya Bob Lokman berhenti berkempen politik secara keterlaluan jika dia benar-benar mahu berubah kepada dunia baru yang lebih dekat dengan iman dan taqwa. Ketahuilah dunia politik hari ini penuh dengan fitnah kekalutan dan sebagai pendatang baru dalam politik, sebelum mahu terjun secara aktif hendaklah memahami selok-belok ini dengan tepat. Ini kerana kedangkalan dalam memahaminya akan menyebabkan kefahaman agama yang cuba disampaikan Bob Lokman dalam ceramah agamanya menjadikan orang ramai keliru dengan ajaran Islam sebenar. Akhirnya, umat Islam juga yang rugi kerana kita berpecah-belah dan menjadi taksub dengan politik kepartian. Sebenarnya berpolitik itu tidak salah, tetapi janganlah memperalatkan agama untuk kepentingan politik kelompok kita.

Baru-baru ini Bob Lokman telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat. Sekali lagi isu ini dipolitikkan oleh pembangkang, bahkan Bob Lokman turut mengheret parti lawan iaitu UMNO sebagai dalang penahanannya walhal JAIS di bawah pengawasan Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor! Tohmahan dan cara dia menangani isu tersebut menyerlahkan betapa sentimen politik kepartian tidak membawa dia lebih dekat kepada akhlak Islam tetapi lebih kepada emosi serta asabiyyah kepartian.

Dalam hal ini, bukan bermaksud kita ingin memusuhi dan menghentam Bob Lokman atau Akil Hayy tetapi sebagai suatu bentuk nasihat yang ikhlas disertakan dengan fakta semasa. Apapun kita doakan supaya Bob Lokman, Akil Hayy dan kita semua terus istiqamah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah dan meninggalkan sifat-sifat tercela termasuk yang melibatkan hubungan sesama manusia.

*Artikel ini telah disiarkan dalam akhbar Suara Perkasa (1 November 2011).


Isnin, 17 Oktober 2011

Jom sertai Himpunan Sejuta Umat - Selamatkan Akidah!


OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

PRINSIP HIMPUNAN

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :

  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun
    perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

TENTATIF

22 Oktober 2011 | Sabtu

2.00 petang hingga 6.00 petang

Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :

  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Rabu, 28 September 2011

Mat Sabu, Mat Indera dan Komunis

Apabila meneliti ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu membuatkan kita terfikir sejenak tentang agenda sebenar pemimpin utama pembangkang itu dan betapa cetek pengetahuannya mengenai sejarah perjuangan bangsa dan negara.


Berikut adalah transkrip sedutan dari ceramah Mohamad Sabu tersebut:

“Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu.

“Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu UMNO. Dalam cerita Bukit Kepong hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British. Tetapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas. Padahal (yang hero) Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu yang akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping.”

Kenyataan Mohamad Sabu yang mengangkat Mat Indera sebagai wira dan mempertikaikan pengorbanan anggota polis yang terbunuh dalam Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 telah menyerlahkan kedangkalannya terhadap fakta sejarah dan realiti perjuangan.

Malah, ia secara tidak langsung merupakan suatu usaha terancang pihak tertentu supaya rakyat Malaysia mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Sekalipun Mohamad Sabu berkali-kali menafikan perkara tersebut dengan mendakwa bahawa Mat Indera bukanlah seorang komunis, namun hakikatnya penafian itu bukanlah sesuatu yang boleh diterima.

Hujah Mohamad Sabu dan mereka yang berpihak kepadanya hanyalah berpandukan kepada kenyataan adik Mat Indera bernama Baharom Shah dan juga dakwaan mereka kononnya Kerajaan Negeri Johor sendiri mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor melalui sebuah buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor bertajuk “Pengukir Nama Johor”.

Dalam satu sidang akhbar bersama pemimpin Pas Johor, Baharom Shah telah menafikan keanggotaan abangnya, Mat Indera dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Penafian yang dibuat oleh Baharom ini tidak pula disertakan dengan sebarang fakta yang kukuh dan hanya sekadar merujuk kepada penulisan yang didakwa disiarkan akhbar Utusan Malaysia sekitar tahun 70-an. Malah, Baharom juga gagal mengemukakan sebarang bukti sahih dari kajian yang didakwa dilakukannya di Arkib Negara untuk menulis rencana (yang disiarkan Utusan Malaysia) tersebut dengan alasan rekod tersebut telah hilang semasa dia berpindah rumah.

Sesuatu yang lumrah bagi kebanyakan orang akan cenderung membela ahli keluarga mereka termasuklah kepada keluarga Mat Indera ini. Lebih-lebih lagi apabila ada segelintir pihak yang mempergunakan isu Mat Indera untuk kepentingan politik mereka membakarkan lagi sentimen keluarga individu kontroversi tersebut.

Ketika Peristiwa Bukit Kepong, Baharom hanya berusia 4 tahun sementara abangnya, Mat Indera pula berumur 31 tahun. Kemudian dua tahun selepas itu, Mat Indera dihukum gantung sampai mati.

Justeru, kita dapati pengakuan Baharom sesuatu yang boleh ditolak kerana periwayatannya mengenai Mat Indera tidak disertakan bukti sahih (seperti didakwanya diperolehi dari kajian di Arkib Negara) bahkan dia sendiri tidak mungkin mengenali abangnya itu secara peribadi memandangkan usianya yang terlalu muda ketika rakaman sejarah yang dipolemikkan itu berlaku.

Dakwaan Mohamad Sabu dan pengikutnya bahawa fakta yang menyebut Mat Indera seorang komunis adalah suatu pembohongan yang dibuat oleh pemerintah negara ini dan ahli sejarah UMNO adalah tidak benar.

Abdullah C.D, Komander Regimen Ke-10 PKM yang berpangkalan di Shukirin, Selatan Thailand sendiri mengesahkan penglibatan Mat Indera dalam pertubuhan tersebut. Buku bertajuk “Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Kedua) - Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10” dengan jelas menyatakan dan mengiktiraf Mat Indera sebagai komunis pada halaman 115:

“Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei’ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.”

Menyentuh Peristiwa Bukit Kepong pula, Abdullah C.D dalam bukunya turut menyebut:

“Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.”

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng juga pernah mengesahkan bahawa Mat Indera merupakan seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor. Perkara itu dimaklumkan oleh Chin Peng dalam satu wacana yang diadakan pada 22 dan 23 Februari 1999 di sebuah universiti terkemuka di Canberra, Australia.

Para penceramah Pas yang membela Mohamad Sabu dalam isu ini sering mewar-warkan tentang latar belakang agama Mat Indera yang disifatkan sebagai seorang yang kuat agama, hafiz al Quran dan pernah menjadi guru agama di sekolah agama di Muar dan Pontian.

Kononnya tidak mungkin orang sealim itu akan terpengaruh dengan ideologi komunis. Samada mereka buta sejarah atau sengaja cuba mengaburi masyarakat dengan persepsi tersebut, hakikatnya tidak kurang ramainya pemimpin kanan PKM mempunyai latar belakang agama yang kuat termasuklah Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik.

Musa Ahmad adalah bekas Pengerusi PKM yang merupakan lepasan pengajian agama Sekolah Agama al Mahsyoor di Pulau Pinang.

Shamsiah Fakeh menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah di Padang Panjang, Sumatera. (Sila rujuk Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10).

Begitu juga dengan Ibrahim Chik yang berkelulusan sekolah pondok. (Sila rujuk Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke-10).

Kita tidak hairan bagaimana golongan lepasan agama boleh terpengaruh dengan ideologi komunis kerana mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari salah dan silap, apatah lagi kebanyakan mereka yang menyertai PKM masih lagi berusia muda antara 20-an hingga 30-an. Walaupun mempunyai latar belakang pengajian agama mungkin mereka masih belum matang dalam memahami perjuangan sebenar menuntut kemerdekaan dan hakikat kesesatan ideologi komunisme menurut perspektif Islam.

Sejarah awal Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam PKM menyaksikan kemasukan sebahagian pemimpin dan ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan pada tahun 1948 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Antaranya ialah Mat Indera sendiri yang merupakan ahli API.

Kemasukan mereka dalam PKM dan menyertai gerakan militan samada dalam Peristiwa Bukit Kepong atau di Lubok Kawah, Temerloh merupakan tindakan yang tidak boleh diiktiraf sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan walaupun mungkin niat asal mereka adalah untuk menentang penjajahan British secara bersenjata. Ini adalah kerana perjuangan PKM bukanlah bertujuan memerdekaan negara ini, sebaliknya untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya yang bersekutu dengan komunis antarabangsa.

Dalam Peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan pengganas komunis terhadap balai polis yang membunuh 25 nyawa anggota polis dan ahli keluarga mereka. Hampir kesemua mereka adalah beragama Islam.

Adik Mat Indera, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung (balai polis) Bukit Kepong. Hal ini disahkan dalam buku “Memoir Abdullah C.D.” dan buku “Dialogues with Chin Peng: New Light on The Malayan Communist Party”. Ching Peng turut mengesahkan bahawa pihak komunis mengetahui kehadiran kanak-kanak dan wanita di balai tersebut.

Alasan yang digunakan untuk membela Mat Indera kononnya dia hanya mengarahkan serangan bukannya membunuh dan membakar balai polis adalah tidak masuk akal. Setiap pertempuran bersenjata sesiapa pun tidak boleh menjamin tiadanya pertumpahan darah. Jika dia seorang yang berpinsip dan berjati diri agama, dia sepatutnya bertanggungjawab di atas kematian ramai saudara Islam itu oleh pengganas komunis yang diarahkannya. Kenapa Mat Indera menyembunyikan diri sehingga lebih 2 tahun barulah dia ditangkap?

Tindakan Mohamad Sabu menjulang Mat Indera dan komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai hero sesuatu yang dangkal. Kononnya polis tersebut adalah polis British yang bekerja untuk menjaga kepentingan British di kawasan tersebut. Tergamakkah untuk kita mengangkat orang yang membunuh anggota keselamatan beragama Islam dan ahli keluarga mereka yang tidak bersalah secara kejam termasuk membakar mayat sebagai hero?

Pihak komunis turut melempar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan Abu Bakar, anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Membandingkan perjuangan Mat Indera dengan para pejuang seperti Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Mat Kilau dan Mat Salleh adalah jauh langit dari bumi. Para pejuang sebenar seperti nama-nama tadi berjuang atas kekuatan sendiri untuk kemerdekaan tanahair, bukannya digerakkan oleh fahaman sesat komunis yang bertujuan menakluki negara ini menjadi negara republik komunis. Mereka juga tidak pernah bersekongkol atau terlibat dalam pembunuhan kejam saudara seagama yang tidak bersalah!

Dakwaan Mohamad Sabu kononnya Kerajaan Johor mengiktiraf ketokohan Mat Indera melalui penerbitan buku “Pengukir Nama Johor” yang turut membariskan namanya juga tidak benar.

Pengarah Yayasan Warisan Johor, Muhamad Fuad Radzuan telah menjelaskan bahawa walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku tersebut namun Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Sebaliknya jelas YWJ, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.

Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk “Bajuri Haji Siraj”, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.

Beliau berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu. Hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu itu mungkin boleh menimbulkan kontroversi tetapi ia terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya.

Justeru, tidak timbul soal kononnya Kerajaan Johor mengiktiraf Mat Indera kerana di dalam buku yang dihebohkan oleh Mohamad Sabu itu, ia turut memuatkan penulisan menunjukkan Mat Indera merupakan pemimpin komunis yang jahat.

Apapun penafian tentang penglibatan Mat Indera dengan keganasan komunis dalam Peristiwa Bukit Kepong sebenarnya mempunyai agenda tersirat iaitu supaya masyarakat mengiktiraf perjuangan PKM dan menimbulkan keraguan tentang sejarah serta sumbangan para pejuang kemerdekaan terdahulu yang besar jasanya terutama dari kalangan pemimpin UMNO dan nasionalis lainnya.

Ahad, 11 September 2011

Ke Mana Perginya Ratusan Juta Wang Zakat?

Baru-baru ini apabila isu operasi pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hangat diperkatakan, tiba-tiba persoalan ke mana perginya wang zakat ratusan juta ringgit yang dipungut setiap tahun pula kembali dibangkitkan oleh orang ramai.

Tidak dapat dipastikan apakah motif pihak tertentu yang cuba mengaitkan tindakan JAIS dengan persoalan zakat tersebut kerana di Selangor, urusan zakat tidak diuruskan oleh JAIS sebaliknya ia diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). LZS terletak di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu badan yang berasingan dari JAIS.

Serangan ke atas JAIS menggunakan isu zakat sebenarnya adalah suatu tindakan yang tidak releven! Kita patut bersama dalam menyokong setiap usaha sesiapa pun untuk mempertahankan akidah umat Islam dari sebarang agenda bukan Islam untuk memurtadkan umat Islam, termasuklah oleh pihak penguatkuasa JAIS tersebut.

Serangan ke atas JAIS menggunakan isu zakat sebenarnya adalah suatu tindakan yang tidak releven! Kita patut bersama dalam menyokong setiap usaha sesiapa pun untuk mempertahankan akidah umat Islam dari sebarang agenda bukan Islam untuk memurtadkan umat Islam, termasuklah oleh pihak penguatkuasa JAIS tersebut. Soalnya di samping kita perlu menyokong usaha murni JAIS dalam menjaga akidah umat Islam, kita juga perlu memuhasabah diri sendiri mengenai antara punca-punca dari kita sendiri yang mungkin menyebabkan segelintir umat Islam mudah menjadi sasaran pendakyah Kristian atau agama lain untuk dimurtadkan oleh mereka.

Adakah peruntukan zakat untuk kami? (Gambar hiasan)

Salah satu punca kepada gejala murtad ialah kesempitan hidup! Kesempitan hidup boleh menjerumuskan umat Islam kepada keruntuhan akidah. Ini boleh berlaku apabila mereka yang tidak hanya miskin dengan kebendaan malah lebih teruk lagi, miskin dengan iman akan mudah digula-gula dan diumpan melalui bantuan kewangan dan sokongan moral oleh pihak gereja dan pendakyah Kristian.

Benarlah kata-kata Saidina Umar Ibn al Khattab r.a. bermaksud: “Hampir-hampir kefakiran itu kepada kekufuran”.

Jika pihak yang menguruskan agihan wang zakat kepada asnaf yang layak, dapat mengenalpasti dan membantu golongan tersebut sebelum mereka menjadi terdesak dengan terpaksa menerima bantuan pendakyah agama lain yang mempunyai agenda memurtadkan mereka. Kita yakin usaha tersebut mampu menjadi langkah pencegahan dan menghindarkan mereka yang kesempitan itu dari terjerumus ke dalam kancah keruntuhan akidah.

Justeru, institusi yang bertanggungjawab dalam urusan zakat perlu lebih proaktif dalam pengagihan wang zakat kepada asnaf yang layak. Mereka tidak boleh selesa dengan gerak kerja pasif yang lebih banyak menunggu golongan yang kurang bernasib baik untuk datang memohon bantuan wang zakat. Sebaliknya, mereka perlu lebih banyak berusaha mencari seramai mungkin kumpulan asnaf yang layak di kawasan mereka.

Ramai yang bertanya mengenai ke manakah perginya ratusan juta ringgit wang zakat yang dikutip oleh badan urusan zakat negeri-negeri setiap tahun? Mengikut statistik yang diunjurkan, secara purata institusi zakat di Malaysia mengagihkan 80% kutipan dana zakat. Berdasarkan statistik 2008, 72.17% telah diagihkan manakala bakinya sebanyak 27.83% belum diagihkan. Mengapakah keadaan ini berlaku?Jika mereka boleh menyediakan kaunter bergerak untuk urusan kutipan zakat, kenapa pula mereka tidak mengadakan kaunter bergerak yang sama untuk urusan permohonan dan pengagihan wang zakat kepada golongan asnaf yang layak.

Institusi zakat di negara ini perlu menonjolkan imej cakna dan mesra rakyat bukannya membawa persepsi bahawa mereka terlalu kedekut atau sukar untuk menghulurkan bantuan zakat.

Prestasi institusi zakat tidak boleh hanya dinilai melalui kejayaan nilai pungutan zakat tahunan mereka yang ratusan juta ringgit, tetapi ia juga perlu diukur melalui nilai pengagihan zakat. Sekiranya institusi terbabit gagal mengagihkan sebanyak mungkin wang zakat yang dikutip, maka prestasi mereka dianggap kurang cekap sekalipun hasil kutipan mereka sangat tinggi.

Ramai yang bertanya mengenai ke manakah perginya ratusan juta ringgit wang zakat yang dikutip oleh badan urusan zakat negeri-negeri setiap tahun? Mengikut statistik yang diunjurkan, secara purata institusi zakat di Malaysia mengagihkan 80% kutipan dana zakat. Berdasarkan statistik 2008, 72.17% telah diagihkan manakala bakinya sebanyak 27.83% belum diagihkan. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Mereka yang sering mengikuti sorotan kisah keperitan hidup golongan yang tidak bernasib baik di media massa mahupun di internet pasti mengetahui cerita-cerita mengenai kesukaran mereka untuk memohon bantuan wang zakat.


Kepada pihak yang menguruskan wang zakat, diingatkan sekali lagi supaya bersikap proaktif dalam mengagihkan wang zakat dan bukan hanya dalam asepk kutipan hasil zakat! Anda akan tetap dilihat lemah dan tidak cekap sekalipun anda berjaya memungut ratusan juta ringgit wang zakat tetapi ratusan juta juga berbaki dalam simpanan anda! Sifirnya mudah, kejayaan anda diukur melalui dua kriteria yang wajib iaitu berapa banyak anda berjaya kutip dan berapa banyak yang anda berjaya agihkan kepada asnaf yang layak! Antaranya ialah laporan oleh akhbar Harian Metro tidak lama dulu mengenai seorang orang kurang upaya (OKU) yang memohon bantuan motosikal roda tiga daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sejak empat tahun lalu tetapi masih tidak berjaya. Sebaliknya, sebuah persatuan Buddha pula yang memberi bantuan kepadanya.

Sumber: PPZ-MAIWP, 2010

Sumber: Laporan Tahunan PPZ-MAIWP, pelbagai tahun

Sumber: PPZ-MAIWP

Seorang kakitangan majlis agama Islam di sebuah negeri yang bertanggungjawab dalam pengurusan zakat pernah menceritakan bagaimana karenah birokrasi yang banyak telah mencomotkan kecekapan institusi tersebut, di sebalik gahnya paparan laporan prestasi tahunan yang dibanggakan mereka.

Mereka dikatakan lebih mengutamakan aliran masuk wang (hasil kutipan zakat) tetapi dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam mengendalikan aliran keluar wang (agihan wang zakat).

Institusi zakat juga dilihat lebih mengutamakan program untuk orang besar dan kenamaan.

Lebih teruk lagi mereka tidak mesra kepada ibu-ibu yang meminta zakat sekalipun hanya untuk membeli beras. Selain itu mereka juga tidak mesra saudara baru dan warga tua yang menjadi penerima zakat bulanan.

Pengalaman yang dilalui oleh kakitangan majlis agama ini wajar diberi perhatian, lebih-lebih ketika isu ini semakin mendapat perhatian orang ramai.

Jika sebelum ini, masalah yang dihadapi oleh kerajaan ialah berkenaan hasil kutipan zakat yang tidak menggalakkan. Namun, setelah berbagai usaha dilakukan dan hasilnya kutipan zakat semakin memberangsangkan, kini timbul pula masalah lain iaitu kecekapan dalam pengagihan wang zakat.

Kita tidak menafikan bahawa urusan pengagihan wang zakat oleh pihak yang bertanggungjawab secara umumnya adalah baik tetapi masih ada lompang dan kelemahan ketara yang perlu diperbaiki.

Kepada pihak yang menguruskan wang zakat, diingatkan sekali lagi supaya bersikap proaktif dalam mengagihkan wang zakat dan bukan hanya dalam asepk kutipan hasil zakat! Anda akan tetap dilihat lemah dan tidak cekap sekalipun anda berjaya memungut ratusan juta ringgit wang zakat tetapi ratusan juta juga berbaki dalam simpanan anda! Sifirnya mudah, kejayaan anda diukur melalui dua kriteria yang wajib iaitu berapa banyak anda berjaya kutip dan berapa banyak yang anda berjaya agihkan kepada asnaf yang layak!

*Artikel ini telah disiarkan oleh Suara Perkasa, 1 - 15 September 2011

Ahad, 26 Jun 2011

Menjawab Hukum Mengharuskan Demonstrasi Bersih 2.0

Demonstrasi seperti yang ditakrifkan di dalam Kamus Dewan bermaksud tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dan lain-lain.

Apakah hukum dan pandangan Islam terhadap demonstrasi?

Para ulama berbeza pendapat dalam perkara ini. Di sana terdapat pandangan yang mengharuskan berdemonstrasi dan terdapat juga pandangan yang mengharamkannya.

Sebenarnya tidak ada nas yang qati’e (muktamad) samada dari al Quran atau hadith-hadith shahih yang mengharuskan atau mengharamkan berdemonstrasi.

Tulisan ini akan mengupas mengenai persoalan hukum dan justifikasi agama terhadap Perhimpunan Bersih 2.0. anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.

Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah suatu bentuk demonstrasi atau bantahan jalanan terhadap pihak pemerintah Muslim.

Pihak penganjur mendakwa ia bertujuan mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia melalui tuntutan-tuntutan seperti yang terkandung di dalam memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Mereka juga mendakwa Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah suatu demonstrasi aman dan merupakan hak-hak rakyat seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10 (1) (b) yang menyatakan semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

Berdasarkan sirah Nabi dan sahabat, demonstrasi terhadap pemerintah Muslim dalam bentuk seperti ditunjukkan oleh masyarakat dunia hari ini (sama ada secara aman atau liar) tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat radhiallahu ‘anhum.

Walaupun demikian, ada golongan yang mengharuskan demonstrasi terhadap pemerintah dengan berhujjahkan kepada suatu riwayat bahawa kononnya Rasulullah s.a.w. pernah melakukan demonstrasi aman di Kota Makkah dahulu.

Peristiwa itu kononnya berlaku setelah Nabi s.a.w. diperintahkan oleh Allah Taala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Kaabah.

Satu barisan dipimpin oleh Umar bin al Khattab r.a. dan satu lagi dipimpin oleh Hamzah bin Abdul Muthalib r.a. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci “La ilaha illallah”, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Kaabah. Kononnya Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut dan memberi arahan kepada mereka.

Kisah ini telah diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 1/40 berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ahmad bin Hasan, berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Utsman bin Abi Syaibah berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Shalih berkata: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Aban dari Ishaq bin Abdullah dari Aban bin Shalih dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Umar bin al Khattab.

Abu Nu’aim juga meriwayatkan kisah ini dalam Dala’ilun Nubuwwah no.194 dengan sanad yang sama.

Sebenarnya taraf riwayat ini sangat lemah dan ia bertentangan dengan hadith-hadith shahih yang lain. Kelemahannya adalah dari segi sanad dan matan.

Adapun dari segi sanad adalah kerana di dalam riwayat tersebut terdapat seorang yang bernama Ishaq bin Abdullah bin Abi Farwah.

Imam an Nasa’i berkata: “Dia seorang yang matruk (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.

Imam al Bukhari berkata: “Para ulama’ meninggalkannya”.

Imam Baihaqi berkata: “Dia matruk“.

Imam Yahya bin Ma’in berkata: “Dia pendusta”.

Imam Ibnu Hibban berkata: “Dia membolak-balikkan sanad, memarfu’kan hadith mursal, dan Imam Ahmad melarang meriwayatkan hadithnya”.

Sementara dari segi matan pula, kisah ini bertentangan dengan beberapa riwayat shahih yang menceritakan tentang kemasukan Umar ke dalam agama Islam.

Di antaranya hadith yang terdapat di dalam Shahih al Bukhari mengenai Islamnya Umar bin al Khattab seperti diriwayatkan dari Abdullah bin Umar.

Begitu juga hadith yang dinukilkan di dalam Bidayah Wan Nihayah 3/81 oleh Imam Ibnu Katsir.

Golongan yang menyetujui demonstrasi turut berhujah dengan beberapa hadith lain yang walaupun ada di antaranya shahih tetapi maksudnya telah diinterpretasikan mengikut kefahaman mereka sendiri.

Satu-satunya hadith shahih yang kerap digunakan oleh mereka ialah suatu riwayat di mana Nabi s.a.w pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadith itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. [Hadith Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih]

Hadith ini sebenarnya adalah berkaitan dengan hak-hak jiran. Ia tiada kaitan dengan hak-hak rakyat terhadap pemerintah.

Bolehkah hadith berkenaan hak-hak jiran seperti ini disandarkan sebagai hujah yang kuat untuk membenarkan demonstrasi atau bantahan jalanan terhadap pemerintah? Sedangkan hubungan rakyat dengan pemerintah adalah tidak sama dengan hubungan di antara jiran dengan jiran.

Malah tidak terdapat satu pun panduan dari ulama salaf yang berdalilkan hadith ini sama ada bagi membenarkan atau menyuruh rakyat melakukan bantahan jalanan untuk menegur pihak pemerintah!

Ada juga sebahagian ulama yang membela amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah turut menggunakan hujjah-hujjah lain seperti perhimpunan haji di Makkah dan perbuatan Rasulullah s.a.w. yang menghimpunkan kaum Quraisy di Bukit Safa untuk menyeru dakwah Islam.

Semua hujjah-hujjah tersebut adalah terlalu lemah untuk meng’agama’kan demonstrasi dan bantahan jalanan.

Amalan agama yang bersifat pasti dan qati’e berkaitan aqidah dan rukun Islam tidak boleh disamakan dengan amalan muamalat atau hubungan sesama manusia yang bersifat kurang pasti dan dzanni.

Demonstrasi merupakan antara komponen demokrasi dan ia sebenarnya berasal dari Barat.

Amalan berdemonstrasi adalah sesuatu yang bid’ah dhalalah (perkara yang diada-adakan dan sesat hukumnya) jika ia dikaitkan dengan amalan beragama (contohnya mewajibkan orang ramai menyertai demonstrasi atas ‘fatwa’ agama atau justifikasi bahawa ia merupakan suatu ibadah).

Namun jika ia tidak dianggap sedemikian, amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah dengan cara seperti hari ini tetap merupakan bid’ah keduniaan yang tidak ada contohnya dari Nabi s.a.w.

Kita tidak terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nas) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.

Dalam hal muamalah, ia mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah, manakala dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan teks syarak atau nas.

Justeru, untuk menghukumkan sama ada Perhimpunan Bersih 2.0 ini haram atau tidak, kita akan meninjau perspektif dan kaedah hukum yang lebih menyeluruh.

Dalam bab muamalah, ulama usul fiqh telah membina satu kaedah usul iaitu “al-aslu fil asyyia al-ibahah ma lam yurid dalil at-tahrim” bermaksud “hukum asal sesuatu perkara itu adalah harus kecuali ada dalil tentang pengharamannya”.

Apakah justifikasi atau hujjah para ulama yang mengharamkan berdemonstrasi terhadap pemerintah seperti Himpunan Bersih 2.0 tersebut?

Di sana terdapat banyak kemungkaran-kemungkaran yang didapati dari amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah Muslim.

Tasyabbuh

Amalan berdemonstrasi terhadap pemerintah adalah berbentuk tasyabbuh, iaitu menyerupai perbuatan orang-orang kafir.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa demonstrasi adalah salah satu komponen dalam sistem demokrasi yang berasal dari Barat.

Tidak semua perkara atau perbuatan orang-orang kafir mesti ditolak atau dilarang iaitu sesuatu yang bukan merupakan ciri-ciri khusus orang-orang kafir, sama ada aqidah, adat-istiadat, atau peribadatannya, dan hal itu tidak bertentangan dengan nas-nas serta prinsip-prinsip syariah, atau tidak dikhuatiri akan membawa kepada kerosakan. Maka yang demikian itu tidaklah termasuk dalam tasyabbuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka termasuk golongan tersebut.” [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albaani berpendapat bahawa perbuatan demonstrasi adalah termasuk dalam bentuk tasyabbuh terhadap orang kafir.

Pendapat beliau ini boleh dipakai terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 kerana demonstrasi Bersih yang pertama dahulu telah membuktikan bahawa ia telah menimbulkan kerosakan, kesusahan dan kerugian harta benda kepada masyarakat awam.

Walaupun penganjurnya mendakwa ia suatu demonstrasi aman, tetapi hakikatnya mereka tidak mampu mengawal para peserta yang bertindak liar, tidak kiralah sama ada ia akibat daripada provokasi pihak luar atau tidak.

Tingkah-laku puluhan ribuan para peserta Perhimpunan Bersih pada 20 November 2007 yang mana majoritinya adalah Muslim boleh dijadikan ukuran sejauh mana penyerupaan mereka terhadap orang kafir dan. Antaranya ialah percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilath) tanpa batasan, sepanduk-sepanduk dan pidato berapi-api memaki hamun, mengutuk dan mengaibkan pihak pemerintah di hadapan umum.

Khuruj

Demonstrasi terhadap pemerintah juga boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ia dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.

Ada yang berpandangan bahawa Perhimpunan Besih 2.0 tidak boleh disifatkan sebagai amalan Khawarij kerana mereka tidak pun mengangkat senjata.

Dalam hal ini kita perlu membuka pemikiran kita, adakah semua kelompok Khawarij itu sifatnya mengangkat senjata semata-mata? Perbuatan memerangi pemerintah dengan mengangkat senjata atau keganasan memang salah satu daripada ciri-ciri Khawarij, tetapi di sana terdapat banyak lagi manhaj dan ciri-ciri lain termasuklah mencela pemerintah dan mengingkari ketaatan kepadanya seperti larangan berhimpun tanpa permit dalam negara kita hari ini.

Diriwayatkan bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:

“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam." Beliau bertanya kepadaku: "Siapa engkau?" "Said bin Jahman, jawabku." Beliau bertanya: "Kenapa dengan ayahmu?" Aku katakan: "Al-Azariqah telah membunuhnya." Beliau berkata: "Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka." Aku bertanya: "(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?" Aku katakan: "Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya." Aku katakan: "Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?" Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: "Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a'zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a'zham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya." [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Mengaibkan Pemerintah

Menceritakan aib pemerintah di hadapan umum dalam bentuk pidato atau ucapan adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Apabila demonstrasi dilakukan terhadap pemerintah, ia tidak boleh lari dari perbuatan memburuk-burukkan atau mengaibkan pemerintah secara terbuka.

Selain daripada pidato berapi-api bertujuan menghasut rakyat membenci pemerintah, tidak kurang juga pasti terdapat pelbagai slogan dan kata-kata kesat mencaci pemerintah terpampang pada sepanduk-sepanduk yang dibawa oleh peserta demonstrasi jalanan. Senario inilah yang berlaku semasa Perhimpunan Bersih 1 dahulu.

Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim. Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

“Agama itu adalah nasihat”. Kami (Sahabat) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Hadith Riwayat Muslim]

Dan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jihad yang afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Hadith Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadithnya shahih]

Nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Surah Taha: 43-44]

Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemerintah Islam.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]

Hadith ini menjelaskan mengenai kewajipan menasihati pemerintah dan melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

“Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya”. [Hadith Riwayat al-Tirmizi, shahih]

Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuatan berdemonstrasi dan bantahan jalanan terhadap pemerintah yang zalim sekalipun adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata.

Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata: “Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]

Perbezaan Pendapat

Polemik percanggahan pendapat mengenai hukum berdemonstrasi terhadap pemerintah sentiasa berterusan.

Masing-masing mengemukakan pandangan berserta hujjah-hujjah tersendiri. Namun yang pasti tidak ada nas yang muktamad atau qat’ie berkenaan isu ini.

Pendapat yang mengharamkan demonstrasi jalanan seperti Himpunan Bersih 2.0 dilihat lebih kuat untuk dipegang atas hujjah-hujjah yang disebutkan sebelum ini.

Apatah lagi dalam persoalan khilafiah seperti ini, pemerintah lebih berhak menentukan pendapat mana untuk diterima pakai dan sudah jelas bahawa pemerintah di Malaysia ketika ini mengharamkan demonstrasi jalanan seperti Perhimpunan Bersih 2.0.

Dari sudut undang-undang sivil negara kita, larangan berhimpun tanpa permit ini termaktub dalam Akta Polis 1967 (Akta 334) di bawah Seksyen 27 (2) yang menetapkan bahawa adalah disyaratkan bagi mana-mana kumpulan untuk mendapatkan lesen untuk berhimpun dan Seksyen 27 (5) yang menyatakan adalah menjadi satu kesalahan untuk berhimpun tanpa lesen.

Walaupun undang-undang dan ketetapan yang diambil oleh pihak pemerintah ini ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia, namun hakikatnya itulah yang terpakai ketika ini sekalipun kita membencinya.

Telah sabit daripada hadith Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin al-Samit r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w memanggil kami lalu baginda mengambil baiat daripada kami dan antara yang baginda syaratkan adalah dengar dan taat (pada pemimpin) dalam perkara yang kami suka dan benci (selagi bukan maksiat), dalam keadaan senang dan susah kami dan dalam perkara yang merugikan kami dan janganlah kami menandingi hak ahlinya melainkan kamu melihat kufur yang jelas yang padanya kamu mempunyai dalil di hadapan Allah nanti”.

Jalan Penyelesaian

Pengharaman demonstrasi dalam undang-undang negara ini bukanlah bersifat mutlak kerana hak berhimpun telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia bertitik tolak dari kebarangkalian yang wujud akibat daripada perjumpaan atau perarakan itu mungkin boleh memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara atau ia boleh membangkitkan kekacauan dan merosakkan keamanannya.

Dalam kerangka pemahaman Islam yang progresif, demonstrasi dalam ertikata perhimpunan awam dengan cara menunjuk perasaan secara aman, dengan mematuhi syarat-syarat tertentu dan dibenarkan oleh pemerintah maka ia masih memerlukan ruang perbincangan yang lebih luas untuk dibicarakan bagi mengharuskannya dari sudut syarak.

Antara syarat-syarat yang diketengahkan oleh pihak yang mengharuskannya ialah tujuan yang hendak dicapai melalui demonstrasi adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam. Keduanya, penganjur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. seperti tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain, menjawab salam apabila disapa, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ketiga, perhimpunan tersebut hendaklah tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut, menyerupai orang kafir contohnya dari sudut pakaian serta merosakkan harta benda awam dan orang lain.

Barangkali pertikaian Perhimpunan Bersih 2.0 boleh diselesaikan dengan pemerintah sekiranya mereka memanfaatkan tawaran pihak pemerintah untuk membenarkan mereka untuk mengadakannya di dalam stadium seperti di Stadium Melawati atau Stadium Shah Alam.

Dengan mengadakan perhimpunan aman di stadium, pihak penganjur Bersih 2.0 mempunyai lebih berkemampuan dan jaminan untuk memastikan tiga syarat-syarat di atas dipenuhi serta menghalang dari provokasi pihak luar.

Apakah motif sebenar mereka tetap bertegas mahu berdemonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota yang sesak itu? Sekalipun mereka mendakwa mempunyai niat yang bersih, tetapi umum dapat membaca agenda kotor mereka iaitu menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam masyarakat, mewujudkan persepsi negatif dunia luar terhadap keadaan di Malaysia dan mengalih masalah peribadi tokoh utama mereka.

Islam mempunyai jalan penyelesaian dalam isu ini. Pada situasi sekarang, masalah yang timbul bukan sahaja terjadi akibat satu aspek, misalnya keadilan dalam pilihanraya, tetapi juga terjadi pada aspek lainnya, seperti ekonomi, politik dan sosial. Krisis ini tidak boleh sembuh secara total jika dibasmi dengan cara berdemonstrasi.

Suatu negara yang dipimpin oleh pemimpin yang zalim yang didalamnya ditaburi dengan perbuatan-perbuatan mungkar orang yang berkuasa seperti rasuah dan nepotisme merupakan hasil dari sikap dan tindakan rakyatnya juga. Maka kalau rakyatnya baik, nescaya Allah Taala akan menganugerahkan kepada mereka pemimpin yang baik, arif dan bijaksana. Hal ini sudah dibuktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.

Adapun setiap situasi yang kacau-bilau, maka jalan keluar dan penyelesaiannya bukanlah dengan demonstrasi, tetapi dengan amar makruf nahi mungkar (termasuk menegur pemerintah) dengan cara yang tepat dan benar. Kemudian menyebarkan ilmu yang haq di kalangan umat agar muncul generasi-generasi yang berbekal ilmu.

Perlu difahami bahawa hikmah di sebalik kekangan syarak terhadap perbuatan menegur secara wewenang atau menjatuhkan pemerintah melalui jalan demonstrasi sebenarnya lebih kepada memelihara kestabilan ummah itu sendiri.

Ulama terkenal, Ibn Abi al `Izz menyebutkan: “Adapun wali al Amr berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah, ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka.

“Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan.

Firman Allah Taala:

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Surah Ali Imran: 165]

Dan Allah Taala berfirman:

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.” [Surah al An`am: 129]

“Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”. [Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]

Sebagai akhirnya, diharapkan nanti setiap langkah yang kita lakukan diukur dengan ilmu syarak yang haq. Dengan demikian akan musnahlah penyakit penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyakit-penyakit lain. Wallahua'lam.