Kita telah sedia maklum bahawa adalah menjadi
tanggungjawab manusia apabila diberikan sebarang nikmat oleh Allah Taala maka
hendaklah dia bersyukur kepada-Nya. Al-Quran dan hadith sahih banyak
membicarakan tentang suruhan bersyukur dan tegahan mengkufuri nikmat kepada
manusia.
Allah Taala berfirman:
"Wahai
orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami
berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya
kepada-Nya kamu menyembah." [Surah al-Baqarah: 172]
Sesungguhnya nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita adalah terlampau banyak
jika hendak dihitung. Nikmat kesihatan, nikmat iman, nikmat keselesaan,
kemakmuran dan kemajuan dalam hidup bermasyarakat adalah hanya beberapa contoh
nikmat yang dapat dilihat dari pelbagai jenis nikmat lain yang dikurniakan oleh
Allah Taala kepada kita semua.
Namun kebanyakan manusia alpa dan lupa dengan segala nikmat yang dikurniakan
oleh Tuhan mereka. Mereka mengingkari perintah Allah Taala dengan mengkufuri nikmat-Nya.
Mereka menyangka segala nikmat yang dikecapi oleh mereka adalah hanya daripada
titik peluh dan usaha mereka semata-mata. Maka timbullah perasaan bongkak, ego,
takabur dan sum'ah. Mereka menunjukkan kelebihan mereka, memperalat dan
memperendahkan martabat orang lain, menindas yang lemah dan melakukan pelbagai
bentuk pembaziran dan kezaliman. Nikmat yang dikurniakan hanya digunakan untuk
hawa nafsu sahaja tanpa memperdulikan dasar iman dan takwa.
Kebelakangan ini ada pula kelompok ulama tertentu yang mendakwa kita hanya
perlu bersyukur kepada Allah Taala sahaja sebaliknya tidak perlu berterima
kasih kepada manusia. Dakwaan mereka ini tidak lebih daripada dakyah berunsur
politik yang cuba menguntungkan masa depan kelompok mereka dan menafikan
hak-hak orang lain.
Golongan ini memberikan hujjah bahawa nikmat kemakmuran dan kemajuan negara
hari ini datangnya dari Allah Taala, manakala kerajaan hanya menyampaikan
sahaja. Jadi tidak perlulah kita berterima kasih kepada mereka, hanya yang
perlu ialah bersyukur kepada Allah Taala.
Mereka juga berhujjah bahawa kerajaan yang tertegak hari ini hakikatnya
diwujudkan untuk melaksanakan segala bentuk pembangunan dan memelihara
kemakmuran negara dan perkara-perkara itu sudah menjadi tanggungjawab sesuatu
kerajaan yang dipilih. Jika orang lain yang menjadi kerajaan pun mereka akan
membuat perkara yang sama. Maka, apa perlunya kita berterima kasih kepada
kerajaan? Lagipun tidak ada suruhan supaya berterima kasih kepada pemerintah di
dalam al-Quran dan hadith.
Kepada mereka ini bukalah minda dan ikutilah hujjah-hujjah yang insya Allah
akan menjawab dan menangkis hujjah-hujjah mereka. Saya sendiri mengakui pernah
berbahas tentang isu ini dengan beberapa mahasiswa yang sehaluan dengan
golongan ulama terbabit dan mereka menggunakan hujjah yang sama semasa
berhadapan dengan saya.
Jika mereka mendakwa kemajuan dan kemakmuran hari ini akan tetap dilaksanakan
oleh mana-mana orang yang dipilih menjadi kerajaan, maka mereka silap kerana
kita lihat banyak negara di dunia yang mempunyai kerajaan sebaliknya mereka
gagal melaksanakan pembangunan dan mewujudkan kemakmuran seperti yang ada di
Malaysia hari ini. Jika orang lain yang menjadi kerajaan mungkin mereka tidak
sampai ke tahap yang diperolehi hari ini.
Keduanya, jika mereka terus mengatakan bahawa mana-mana individu yang diberikan
tanggungjawab oleh kita dan sekalipun dia berjaya memenuhi tanggungjawab
tersebut, tidak perlu juga berterima kasih kepadanya. Diumpamakan seorang
posmen yang menyampaikan surat kepada kita, tidak perlu kita berterima kasih
kepada mereka kerana sudah menjadi tugasnya menyampaikan surat tersebut. Maka
kita menjawab melalui dalil al-Quran, di mana Allah Taala berfirman:
"Bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman: 14]
"Bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman: 14]
Bukankah sudah menjadi
tanggungjawab ibu bapa memelihara, mengasuh dan mendidik anak-anak? Tetapi
Allah tetap menyuruh kita berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita malah
diwajibkan pula berbuat baik kepada mereka. Bukanlah dimaksudkan berterima
kasih di sini dengan cara melafazkan ungkapan terima kasih semata-mata tetapi
maksud berterima kasih itu sebenarnya dapat diterjemahkan melalui sangkaan,
tuturkata dan perilaku yang baik terhadap mereka berdua. Sama juga dengan
bersyukur, kita tidak dinamakan bersyukur kepada Allah Taala jika hanya
menyebutnya di bibir sahaja tetapi hati dan kelakuan kita tetap mengingkari
nikmat-Nya.
Memang benar kita tidak perlu melafazkan perkataan terima kasih kepada posmen,
tetapi rasa berterima kasih itu perlu diterjemahkan melalui perilaku dan
tuturkata kita terhadap mereka. Jika kita mendapatkan surat tersebut daripada
posmen dengan cara yang baik itu sudah disifatkan sebagai berterima kasih
kepadanya. Sebaliknya jika kita memaki hamun, menyumpah, menghinanya walaupun
dia menjalankan tugasnya dengan baik maka ini tidak dinamakan berterima kasih.
Rasulullah SAW ada bersabda dalam sebuah hadith sahih yang berbunyi:
Rasulullah SAW ada bersabda dalam sebuah hadith sahih yang berbunyi:
مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ ، فَقَالَ
لِفَاعِلِهِ : جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا , فَقَدْ أبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ
“Barangsiapa yang dibuatkan (diberikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu “Jazakallahu khaira” semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih.” [HR at-Tirmizi, dishahihkan oleh al-Albaani]
Jelas daripada hadith Rasulullah ini menunjukkan bahawa baginda sendiri mengajar kita supaya berterima
kasih kepada manusia termasuk dengan cara mendoakan supaya dibalas kebaikan kepada sesiapa yang berbuat baik kepada kita.
Dalam hal ini, Allah Taala telah berfirman:
Dalam hal ini, Allah Taala telah berfirman:
"Dan
ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." [Surah Ibrahim: 7]
Dan jika kalian tetap dengan pendirian bahawa tidak perlu berterima kasih
kepada seseorang yang menjalankan tanggungjawab kepada kita, maka ditunjukkan
hujjah yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad (kini Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang
suatu masa dulu diputar belitkan pihak tertentu dengan tuduhan beliau menghina
Nabi Muhammad SAW.
"Ada orang
yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini
mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar
(sepenuhnya) sahajalah. Dengan itu berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu
ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang
budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan
memburuk-burukkan mereka tidak salah.
"Hanya
yang perlu ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati
bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain
yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada
Nabi Muhammad SAW. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk
menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi
Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah SWT sahaja."
[Petikan Ucapan Presiden
UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO di Dewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 11 Mei 2000]
Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk menyampaikan risalah kepada seluruh manusia.
Maka adakah kita tidak perlu berterima kasih kepada baginda hanya jika
tanggungjawabnya menyampaikan dakwah Islam kepada kita umat manusia? Fikir dan
renungkanlah baik-baik, jangan menerima kata-kata mana-mana ulama secara taqlid
buta tanpa mengetahui hakikat kebenarannya.
Kesimpulannya, sebagai seorang manusia yang beriman kepada ajaran Islam, maka
sepatutnya kita mempunyai ciri-ciri insan yang soleh dan sifat-sifat mahmudah
dalam menelusuri zaman yang serba mencabar kini. Bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah memang menjadi tanggungjawab kita dan perlu juga kita
berterima kasih kepada manusia yang membantu kita sekalipun bantuan itu sudah
menjadi tanggungjawab mereka. Sebagai peringatan, selamilah pengertian hadith ini:
لا يَشْكُرُ
اللَّهَ مَنْ لا يَشْكُرُ
النَّاسَ
*Artikel
ini telah ditulis pada 2002 ketika penulis masih menuntut di universiti dan
telah disiarkan dalam laman web Laman Minda At Tajdid dan beberapa portal politik.
dan menjadi tnggungjwb kite utk menentang pemimpin yg korup dan zalim..
BalasPadamtanpa nama, kau refer to siapa?
BalasPadamkorup... org yg gunakan polis utk kepentingan peribadi then dipenjara sampai 2004?
zalim... org yg sama gunakan polis utk torture seorang perempuan utk tarik balik surat pengakuan yg ditulis.