"TIDAK ada bangsa yang paling
dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia,
yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu
Melayu ..."
Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.
"Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: "Biarkanlah hati ini memperakuinya". Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."
Demikianlah ungkapan yang keluar daripada mulut Mufti Perak, Datuk
Seri Harussani Zakaria semasa mengendalikan Seminar Pemantapan Akidah di Masjid
Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan lebih sedekad yang lalu. [*Penulis turut hadir dalam program yang berlangsung pada tahun 2000 itu]
Kenyataan ini bukanlah dengan maksud mengagung-agungkan bangsa Melayu, sebaliknya ia suatu bentuk manifestasi rasa syukur seorang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu di Malaysia. Seorang yang berbangsa Melayu secara automatiknya diikat erat dengan agama Islam, dan ikatan ini dipelihara serta dijamin oleh perlembagaan negara. Malah, tiada mana-mana bangsa di dunia waiima bangsa Arab pun yang bertuah seperti bangsa Melayu di Malaysia. [*Maldives telah meminda perlembagaan negaranya pada tahun 2008 menjadikan setiap warganegara Maldives mesti beragama Islam. Artikel 9, Seksyen D, Perlembagaan Maldives menyatakan bahawa "... that a non-Muslim may not become a citizen of the Maldives."]
Tidak dinafikan lagi bahawa memang benar di dalam Perlembagaan Persekutuan, termaktub takrif Melayu dalam Perkara 160 iaitu Melayu ialah orang yang lazim bertutur bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu.
Jelaslah setiap yang mengaku
dirinya Melayu itu mestilah beragama Islam dan sesiapa yang murtad tidaklah
boleh diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan. Malah dalam masyarakat
kita, apabila orang Cina atau India memeluk Islam, mereka juga boleh dikatakan masuk
Melayu [*Ia bukan bentuk paksaan, masyarakat keturunan Cina boleh terus kekal dengan identiti bangsa Cina walaupun mereka memeluk Islam. Pun begitu mereka tetap dianggap tidak berbeza berbanding orang Melayu dari keturunan lain]. Ini adalah benar kerana sebagai seorang warganegara Malaysia, seorang
mualaf itu pastinya boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dan biasa dengan
adat resam dan budaya Melayu kerana budaya Melayu Islam sebenar adalah asas
kebudayaan nasional, dengan itu mereka juga wajar dipanggil Melayu menurut
terjemahan Perlembagaan kita.
Oleh yang demikian, benarlah
ungkapan yang menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Adalah suatu
kejahilan sesiapa menganggap perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu
sebagai bukan perjuangan untuk agama Islam dan sempit. Tidak boleh juga kita
memisahkan antara Melayu dan Islam dengan memaksa orang lain supaya memilih
samada mahukan Islam ataupun Melayu. Ketahuilah bahawa hubungan Melayu dan
Islam itu adalah bagaikan aur dengan tebing, suatu hubungan simbiotik yang
saling kukuh mengukuhkan satu sama lain. Pun begitu, ungkapan Melayu itu Islam
dan Islam itu Melayu mungkin hanya sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai
Perlembagaan yang menyebut tentangnya tetapi mungkin di Singapura atau
Indonesia lain pula situasinya.
Namun begitu, yang pastinya
bicara kita secara khusus adalah tentang perjuangan bangsa Melayu di negara
ini. Lupakan pertikaian dengan berhujah adanya Melayu Kristian di Singapura
atau di Indonesia kerana bagi kita di Malaysia, tiap-tiap Melayu itu mestilah
beragama Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.
Setelah kita memahami bahawa
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu, maka kita tidak boleh melabelkan
perjuangan memartabatkan bangsa Melayu sebagai tidak Islamik atau asabiyyah.
Perjuangan untuk bangsa Melayu adalah berbeza dengan perjuangan kebangsaan bagi
bangsa-bangsa lain di dunia yang tidak diasaskan kepada agama. Perjuangan
kebangsaan Melayu hari ini adalah disempadani oleh agama Islam, dengan
sendirinya apa-apa yang bertentangan dengan agama maka ia bukanlah menjadi visi
dan perjuangan bagi bangsa Melayu. Hal ini berlaku sejak turun temurun lagi
dari mula kedatangan Islam di Tanah Melayu berabad-abad dulu. Bangsa Melayu
memang terkenal dengan kuatnya berpegang kepada adat budayanya dan agama Islam.
Ini diakui oleh semua orang termasuk penjajah.
Perlu diperjelaskan secara
terperinci lagi bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang berjuang untuk bangsa
Melayu adalah berjuang atas dasar asabiyyah adalah silap sepertimana telah
dijelaskan tentang batas-batas perjuangan Melayu di atas. Dalam sebuah hadith
sahih disebutkan bahawa:
سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقُلْتُ :
يَا رَسُولَ اللَّهِ, أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ,
قَالَ : لَا , وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ
الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ
"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan
asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi
asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan
kezaliman." [H/R An-Nasa'i]
Juga disebutkan dalam sebuah
hadith yang lain bahawa:
عَنْ بِنْتِ
وَاثِلَةَ بْنِ الْأَسْقَعِ أَنَّهَا سَمِعَتْ أَبَاهَا ، يَقُولُ : قُلْتُ : يَا
رَسُولَ اللَّهِ، مَا الْعَصَبِيَّةُ
؟ قَالَ : أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ
"Dari anak perempuan Wasilah bin al Asqa', beliau
pernah mendengar ayahnya berkata: Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah, apakah
sebenarnya asabiyah? Jawab baginda : iaitu engkau menolong kaum bangsamu
melakukan kezaliman." [H/R Ibnu Majah]
Jelas bahawa perjuangan
kebangsaan yang disempadani oleh agama Islam tidak boleh diistilahkan sebagai
perjuangan asabiyah kerana perjuangan kebangsaan sebegini tidak sesekali akan
menyokong kemungkaran bangsanya. Sebaliknya asabiyah yang sebenarnya tidak
terbatas pada perjuangan kebangsaan yang menyokong kezaliman sahaja tetapi
turut meliputi perjuangan kelompok tertentu seperti kumpulan, parti, negeri,
negara atau benua. Parti yang kononnya berjuang atas idealisme Islam juga boleh
dilabelkan parti asabiyah jika mereka menyokong kezaliman puak-puak mereka.
Sesungguhnya tidaklah salah dan
bukanlah kita berfahaman sekular jika kita mencintai bangsa dan tanahair kita
sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Nabi s.a.w. sendiri cintakan bangsa dan
tanahairnya. Bahkan disebutkan oleh ulama kita bahawa:
حب الوطن من الإيمان
"Cintakan tanahair itu termasuk
daripada Iman."
Jikalah perjuangan kebangsaan
itu salah di sisi Islam kenapakah pejuang-pejuang Islam dahulu seperti
Burhanuddin El Helmi, Syeikh Syed Al Hadi dan lain-lain ulama yang berjuang
untuk memartabatkan bangsa Melayu? Malah disebutkan juga Imam as Syahid Hassan
al Banna bahawa beliau tidak pernah menolak perjuangan berasaskan semangat
cintakan bangsa dan tanahair. Beliau berkata tentang nasionalisme Mesir:
"Sesungguhnya kita menjadi
orang-orang Mesir di atas tanah yang suci ini di mana di sinilah kita lahir dan
membesar. Mesir adalah sebuah negara yang beriman dan menerima Islam secara
mulia, menolak segala penentangan ke atas Islam sepanjang sejarah, ikhlas dalam
menganutinya, meluruskan padanya perasaan yang paling lembut, emosi yang paling
damai, di mana ia hanya baik untuk Islam, tidak berubat kecuali dengan ubatnya
dan tidak akan sihat kecuali melalui rawatannya. Atas sebab keadaan yang
banyak, ia telah menjadi penjaga pemikiran Islam dan mendirikannya. Maka
bagaimanakah kita tidak mahu berusaha untuk Mesir dan melakukan kebaikannya
untuknya? Bagaimanakah kita tidak mahu membela Mesir dengan segala kemampuan
kita? Bagaimanakah dapat dikatakan bahawa Iman dan Mesir tidak menepati apa
yang sepatutnya diserukan oleh seorang yang mengajak kepada Islam dan
melaungkan Islam? Kita berbangga kerana kita ikhlas untuk negara yang dicintai
ini, bekerja dan berjuang untuknya, kita akan terus demikian selagi kita masih
hidup dan berkeyakinan bahawa ini adalah pusingan pertama bagi siri pembangunan
yang dicitakan. Mesir adalah sebahagian daripada negara Arab secara umumnya dan
apabila kita berusaha untuk Mesir, maka ia bererti kita berusaha untuk Arab,
negara Timur dan Islam."
Dr. Yusuf al Qardhawi juga ada
menyebutkan bahawa:
"Bagaimanakah kita hendak mempertikaikan kecintaan kepada negara sedangkan Nabi s.a.w. sewaktu keluar berhijrah daripada Mekah, baginda berkata kepada kota Mekah: "Sesungguhnya kamu adalah tanah Allah yang paling Allah cintai, kamu adalah tanah Allah yang paling aku cintai, kalaulah bukn kerana pendudukmu mengeluarkanku daripadanya, nescaya aku tidak akan keluar daripadanya." Apabila sebahagian sahabat menyebutkan tentang Mekah sewaktu mereka di Madinah, tergenang air mata Rasulullah dan baginda bersabda: "Biarkanlah hati ini memperakuinya". Tidak wujud di sana sebarang pertentangan di antara semangat kebangsaan yang bersifat fitrah dengan semangat keIslaman kerana tidak ada pertentangan di antara keduanya yang bersifat umum dan khusus."
Sekiranya seseorang itu adalah
Melayu yang benar dan Muslim yang sedar, dia akan mendapati bahawa kebaikan
untuk Melayu yang sebenarnya adalah kebaikan untuk Islam. Seorang Islam tidak
akan mendapati halangan daripada agamanya untuk bermula dengan bangsanya di
mana dia hidup bersamanya. Disebutkan dalam hadith sahih:
ابْدَأْ
بِنَفْسِكَ ثُمَّ بِمَنْ تَعُولُ
"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."[H/R at Tirmidzi]
"Mulakan dengan diri kamu, kemudian dengan mereka yang berada di bawah tanggungan kamu."[H/R at Tirmidzi]
Wallahu'alam.
melayu mulia kerana Islam, sebelum kedatangan Islam melayu hina, sebab hindu.
BalasPadamterlalu lemah setiap fakta yg menyokong post ni. takda sumber sahih mengatakan Hassan AL Bana seorang noasionalis.
BalasPadam"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."
BalasPadamwlaupun saya orang melayu,tapi saya ragu2 dengan kenyataan ni...
Cintakan tanahair itu termasuk daripada Iman. Ini adalah hadith maudhu (tipuan makruf) kerana tidak mempunyai perawai atau kategori sahih atau daif. ini cuma buah mulut org islam zaman sekarang. ada yg mengatakan ia ciptaan colonialist
BalasPadam"TIDAK ada bangsa yang paling dimuliakan oleh Tuhan di dunia ini selain daripada bangsa Melayu di Malaysia, yang mana di dalam Perlembagaannya menyebut Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu ..."
BalasPadamitu adalah kata2 seorang mufti...beliau tidak maksom. Beliau bukan seorang Rasul atau Nabi utusan Allah. di manakah fakta, hadis, sabda Nabi SAW yg mengatakan Melayu tu bangsa yg paling mulia di sisi Tuhan. Sedangkan Nabi SAW daripada Kaum Arab, beliau sendiri pun tidak pernah mengatakan kaum Arab kaum yang paling mulia di sisi Allah SAW.
(Walaupun saya ni orang melayu...tapi nasihat saya, jangan terlalu lebih-lebihkan BANGSA melebihi AGAMA. Kerana di hadapan Allah nanti, Allah tidak akan tanya bangsa apakah kita ni? Allah hanya akan melihat pada iman dan takwa kita padaNya). Wallahualam.
“...sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana asabiyyah, menyeru org lain agar bersikap asabiyyah,atau membantu golongan asabiyyah,lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah...”-[hadis riwayat Muslim,no1477]
BalasPadam“bukanlah dari kalangan kami sesiapa yg menyeru kpd asobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang berperang atas asaobiyah, dan bukanlah dari kalangan kami mereka yang mati dalam keadaan asobiyah”-[hadis riwayat Abu Daud 4/332, status asalnya daif, tetapi setelah diperkuatkan oleh hadis Muslim di atas,menjadi Hasan Lighairih].
kalau orang Arab yg islam masuk dan menetap di malaysia pon dipanggil melayu la ye???pada saya pemikiran yang ditunjukkan oleh penulis adalah sangat dangkal sekali...ini adalah pemikiran yang kusut kerana mencampuradukkan islam dan bangsa...sedangkan di zaman Sultan Salahuddin Al-Ayubbi, beliau menolong bangsa Arab dengan membebaskan semula Palestin dari cengkaman tentera Salib...
Byk komen dungu yg tak faham kata2 mufti..rasanya ilmu korang tak sampai ke tahap kefahaman dia. Akui sahaja..hijab kita masih belum terbuka.
BalasPadamapabila bangsa melayu teguh bersatu..secara langsung agama islam akan terpelihara dan cemerlang , ini kerana dimalaysia bangsa melayulah mejoriti bagi kaum2 yg ada..x kira ia jawa, banjar, atau sebagainya..semua etnik ini tetap mewakili satu bangsa iaitu MELAYU..dan diagama islam terikat kuat bersamanya semenjak ratusan tahun dahulu..bukti penghijrahan bangsa melayu ke nusantara sehingga diabadikan namanya di banjaran hiMALAYa..
BalasPadammelayu tu islam tapi islam ada dua iaitu islam yg takutkan allah dan islam yg zalim. cuba fikirkan.
BalasPadam