Khamis, 14 Mei 2009

Ketuanan Melayu dan Ketuanan Islam

Beberapa rakan saya banyak kali bertanya soalan-soalan yang lebih kurang sama bentuknya seperti apakah relevennya 'Ketuanan Melayu' pada masa sekarang dan mengapa tidak berminat dengan 'Ketuanan Islam'?

Apakah itu 'Ketuanan Melayu'? Secara mudah, 'Ketuanan Melayu' bermaksud pemerintahan negara mestilah diketuai oleh orang Melayu kerana mereka adalah penduduk asal dan majoriti negara ini. Mengikut sejarah, warganegara dari kaum Cina dan India di negara ini asalnya merupakan imigran yang datang ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.

Orang Melayu sanggup dan sedia menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walaupun pada waktu itu kesetiaan kaum imigran itu lebih kepada negara asal mereka. Sebagai timbal balas di atas pengorbanan orang Melayu, maka Perlembagaan telah memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dikenali sebagai 'Kontrak Sosial'.

Sesungguhnya 'Ketuanan Melayu' masih releven di negara kita. Ia perlu untuk menjaga kelangsungan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini. Jika pemerintahan negara terlepas ke tangan bukan Melayu, apakah jaminan kedua-dua elemen penting yang kita ingin pertahankan ini terus selamat? Mahukah kita menjadi seperti Singapura, di mana bangsa Melayu dipinggirkan, agama Islam ditundukkan?

Ada rakan saya membantah dengan mengatakan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' adalah perkauman sempit, Islam tidak memandang pun dari apa keturunan, bangsa atau warna kulit seseorang sebaliknya Allah memandang akan ketakwaannya.

Saya ingin menyatakan bahawa memang benar Islam tidak memandang kepada keturunan, bangsa atau warna kulit, tetapi dalam soal kepimpinan ia melibatkan skop pemahaman yang lebih meluas perbincangannya.

Di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ

Maksudnya: "Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]

Apakah Nabi s.a.w. bersifat perkauman sempit dengan bersabda demikian? Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah menjauhkan kita dari persangkaan buruk sedemikian.

Sebenarnya ada sebab, illat atau maslahah umum Nabi memerintahkan supaya kepimpinan umat ini mesti dari kaum Quraisy. Menurut Ibn Khaldun di dalam kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

Ibn Khaldun menyebutkan:

"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama. Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya. Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana."

[Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207-208]

Dari kupasan oleh sarjana Islam terkenal itu, dapat difahami illat daripada hadis tersebut ialah para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan ‘asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

Dalam konteks hadis berkenaan 'Ketuanan Quraisy', jika ‘asabiyyah, kewibawaan dan kekuatan politik golongan Quraisy tidak kuat lagi maka syarat pemimpin dari golongan ini juga akan hilang.

Berikut adalah beberapa lagi hadis sahih lain menyebut tentang 'Ketuanan Quraisy'.

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” [HR al Bukhari]


“Sesungguhnya urusan (pemerintahan/khilafah) ini ada di tangan Quraisy. Tidak seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan membuatnya tersungkur ke tanah, selama mereka menegakkan agama (Islam).” [HR al Bukhari]


“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dari mereka dua orang.” [HR al Bukhari]


“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dua orang di antara manusia.” [HR Muslim]


“Manusia mengikuti orang Quraisy dalam perkara (pemerintahan) ini. Yang muslim mengikuti kaum muslimin dari kalangan mereka. Yang kafir mengikuti kaum kafir dari kalangan mereka.” [HR Muslim]


“Orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” [HR at Tirmidzi]


"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang amir (khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi s.a.w. menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” [HR Abu Daud]


“Tetaplah bersama Quraisy selama mereka tetap bersama kamu. Kalau mereka tidak melakukan hal itu, maka angkatlah pedang kamu di atas bahu kamu, lalu musnahkahlah pemimpin-pemimpin (Quraisy) itu. Jika kamu tidak melakukannya, maka jadilah sebagai kaum petani yang dipapah hidupnya dimana kamu akan makan hanya dari hasil jeritan kamu.” [HR ath Thabrani]

Di negara kita, orang Melayu merupakan kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan 'asabiyyah dan kekuasaan terbesar ketika ini. Orang Melayu seperti ditafkrifkan menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah mereka yang beragama Islam, lazim berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Natijah dari illat beberapa hadis sahih tadi, disamping penegasan takrifan orang Melayu yang dimestikan beragama Islam, maka saya berpendapat 'Ketuanan Melayu' releven dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Malah ia merupakan anjuran yang bersifat islamik untuk menjaga maslahah ammah atau kepentingan umum.

Ia bukanlah bermakna kepentingan bangsa atau kaum lebih diutamakan dari Islam. Keadaan ini sama seperti 'Ketuanan Quraisy' dalam pemerintahan khalifah yang masih meletakkan Islam sebagai prioriti teratas dalam pemerintahan mereka.


Saya harap mereka yang keliru dengan konsep 'Ketuanan Melayu' dapat menyelami tulisan saya ini. Bagi saya 'Ketuanan Melayu' dan 'Ketuanan Islam' tidak ada bezanya, ini kerana perjuangan kebangsaan Melayu di Malaysia sebenarnya adalah untuk Islam juga.

Hidup Melayu!
Hidup Islam!
Allahu akbar!

10 ulasan:

  1. Salam, Berfikirkan, kerana Ibnu Taimiyah idola anda telah dotokal ulama jumhur islam.
    Bacalah artikel ini. Moga ada kesedaran.
    SEJARAH RINGKAS FAHAMAN IBNU TAIMIYAH
    Tulisan : Kiyai Haji Sirajudin Abbas
    Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu

    Ada seorang ulama bernama IBNU TAIMIYAH.Nama lengkapnya Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Abdussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadar bin Muhammad bin al-Khadhar bin Ali bin Abdillah. Keluarga ini dinamai Keluarga Ibnu Taimiyah. Sepanjang sejarah bahawa asal perkataan Taimiyah adalah dari neneknya yang bernama Muhammad bin Ali Khadhar. Beliau ketika pergi naik haji ke Makkah melalui jalan Taima'.Setelah ia kembali dari haji ia dapati isterinya melahirkan seorang anak wanita, yang kemudian diberi nama Taimiyah dan keturunannya dinamai keturunan Ibnu Taimiyah, sebagai peringatan bagi jalan yang dilalui oleh neneknya pada ketika mengerjakan haji tersebut.Ahrnad Taqiyuddin yang kita perkatakan sekarang ini lahir di desa Heran sebuah desa kecil di Palestin pada tanggal 10 Rabiul Awal tahun661 H. Daerah Heran ini terkenal sejak dulu sebagai daerah Kristian Shabin dan pula daerah orang pandai-pandai, ahli filsafat yang selalu mempermainkan akal.

    Ahrnad Taqiyuddin tinggal di desa Heran sampai usia 7 tahun. Desa inididiami bukan oleh suku Arab tetapi oleh suku Kurdil, maka kerana itu Ahrnad Taqiyuddin bukanlah dari bangsa Arab tetapi dari kaum Kurdi. Ketika desanya akan diserang oleh kaum Tatari ia lari bersama-sama bapa dan keluarganya pergi ke Damsyik (Syiria). Dengan susah payah mereka sampai ke kota Darnsyik bersama kitab-kitab yang dipunyai oleh keluarganya. Kerana bapanya adalah seorang ulama Islam dari Mazhab Hambali.Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah ini tetap tinggal di Damsyik sejak dari berusia 7 tahun sampai meninggal dunia tahun 724H dan hanya satu atau dua kali ke Mesir. Kalau dilihat tahunnya, iaitu tahun lahirnya 661 H sampai wafatnya tahun 724H. maka beliau ini hidup sezaman dengan Imam Nawawi, seorang ulama fikah terbesar dalam Mazhab Syafi'i, Imam Nawawi lahir disebuah desa namanya Nawa,dekat Darnsyik pada tahun 630H. hanya 31 tahun lebih tua dari Ibnu Taimiyah. Ibnu Hajar al Haitami seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i yang terkemudian dari Ibnu Taimiyah, kerana Ibnu Hajar lahir di Mesir pada tahun 883H.iaitu 22 tahun terkemudian dari Itinu Taimiyah.Kerana itu tidak hairan, kalau Ibnu Hajar al Haitami banyak mengarang kitab-kitab untuk membetulkan kesalahan-kesalahan Ibnu Taimiyah, seperti kitab Assawa'iqul Muhriqah Firraddi alaz Zindiqah (Petir yang membakar untuk menolak kaum Zendiq).Ibnu Hajar al Haitami-sebagai dikatakan di atas, adalah seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i, pengarang kitab "Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj",sebuah kitab fikah besar, l0 jilid yang terkenal di Indonesia.Ibnu Taimiyah dalam sejarahnya kemudian menjadi orang yang alim besar, banyak pengetahuannya dalam fikah Madzhab Hanbali dan juga dalam ilmu Usuluddin. Beliau biasa mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan mempunyai ramai murid. Akan tetapi sangat disayangkan,bahawa beliau terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah dan Mujassimah, yang merupakan Tuhan dengan makhhluk dan juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa dalam fikah yang jauh berbeza dengan fatwa-fatwa dalam Mazhab Hanbali sendiri dan juga dari Madzhab­ madzhab Hanafi, Maliki dan Syafi'i.Dalam buku-buku karangannya seperti dalam "AI-Munazharah fil Aqidah Al-Wasithiyah" dan "Al-Aqidah al-Hamiwiyah al-Kubra" ia menerangkan bahawa dasar mazhabnya ialah menjelaskan ayat-ayat dan hadis-hadis nabi yang bertalian dengan sifat Tuhan yang menurut erti lafaznya yang lahir, yakni secara harfiyah sahaja. Bagi Ibnu Taimiyah, Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk„ duduk bersila, datang dan pergi dan cahaya langit dan bumi, kerana hal itu semuanya tersebut dalam al-Quran, katanya.

    Tuhan berada di atas langit, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas, Tuhan mempunyai anak jari, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan, mempunyai nafas, turun naik dan Tuhan itu "masa", kerana semuanya itu tersebut dalam hadis yang sahih-sahih, kata Ibnu Taimiyah. Jadi fahaman beliau sebenarnya harus dimasukkan dalam bab kaum Mujassimah atau Musyabbihah, kerana ada persamaannya dalam itikad. Tetapi dalam buku ini dibicarakan secara khusus dalam suatu fasal, kerana fahaman Ibvu Taimiyah ini baik dalam usuluddin mahupun dalam fikah sudah agak banyak pula menjalar ke Indonesia ini.Dalam ucapan-ucapannya dan tulisan-tulisannya Ibnu Taimiyah ini banyak mengeluarkan perkataan-perkataan yang menentang Imam-imam Mujtahid yang berempat. Dikatakannya dengan sombong bahawa ia akan memperbaharui pengajian ulama-ulama yang dulu, akan mengembalikan mereka pada kitab Allah dan sunah Rasul, yang seolah-olah mengatakan bahawa ulama-ulama mazhab yang empat itu tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul.Dikatakannya pula, bahawa ia akan memerangi khurafat dan bid'ah yang dikerjakan oleh ulama-ulama dan kaum muslimin yang dulu-dulu, yang seolah- olah ia mengatakan bahawa ia sahajalah yang berpegang kepada Kitabullah dan sunah Rasul, sedang ulama-ulama yang terdahulu daripadanya dianggapnya penganut khurafat dan bid'ah. Beliau memaklumkan perlawanan kepada orang-orang Islam yang menganut dan bertaklid dalam furuk syari'at kepada mazhab yang empat dan ia menganjurkan agar setiap orang berjihad sendiri, yang seolah-olah ia lupa bahawa neneknya, bapanya dan ia sendiri adalah pada mulanya penganut Mazhab Hanbali.Memang sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang sesat mengatakan bahawa ia akan memerangi bid'ah dan khurafat, bahawa ia akan mengembalikan orang kepada Kitabillah dan sunnah Rasul, bahawa ia akan mengadakan pembersihan dan lain-lain pembohongan. Itulah simbol mereka dari dulu sampai sekarang. Pada hal kalau dilihat kenyataannya, mereka sendirilah yang mengerjakan bid'ah-bid'ah, mereka sendirilah yang mengajak orang taklid, sekurang-kurangnya kepada gurunya atau kepadanya sendiri. la melarang orang bertaklid kepada imam yang berempat yang telah diterima dunia Islam, tetapi ia sendiri menarik orang supaya bertaklid kepadanya.

    Begitu juga dengan keadaan Ibnu Taimiyah al-Heran ini. Misalnya, pada suatu kali ia berkhutbah di Masjid Damsyik , Ia menerangkan sebuah hadis bahawaTuhan turun ke langit dunia tiap-tiap malam,Jangan ragu-ragu katanya, Tuhan turun serupa saja turun dari mimbar ini lalu ia turun ke bawah. Pada tahun 705H, yakni ketika ibnu Taimiyah berusia 44 tahun, ia dipanggil oleh Sultan yang berkuasa di Mesir ketika itu untuk datang ke Mesir. Syria (Damsyik) ketika itu di bawah pemerintahan Mesir.Setibanya di Mesir ia dimajukan ke muka mahkamah dengan tuduhan bahawa ia memfatwakan di hadapan orang ramai pengajian yang sesat, iaitu Allah benar-benar duduk bersila di atas `Arasy, bahawasanya Tuhan berbicara dengan huruf dan suara, serupa pembicaraan dalam sifat manusia. Sebagai jaksa penuntut bertindak Syeikh Zainuddin bin Makhluf, seorang ahli hukum dalam mazhab Hanbali.Tetapi Ibnu Taimiyah ketika itu tidak mahu diadili, kerana yang bertindak sebagai hakim adalah musuh-musuhnya, katanya.Akhirnya ia ditahan saja dan dimasukkan ke dalam penjara selama 18 bulan bersama dua orang saudaranya yang datang ke Mesir ketika itu iaitu Syarafuddin dan Zainuddin.Sesudah ia keluar dari tahanan dengan bantuan keluarganya ia melanjutkan fatwa-fatwanya di Mesir, iaitu memfatwakan bahawaTuhan duduk di atas'Arasy, bahawa Tuhan bertempat, bahawa Tuhan turun ke langit dunia dan lain-lain fatwa yang tidak sesuai dengan fahaman yang umum dalam Islam, iaitu fahaman Ahlussunnah wal Jama'ah.Tidak lama sesudah itu Ibnu Taimiyah menghentam pengajian-pengajian tasauf dan mencaci maki guru-guru sufi, yang waktu itu di Mesir sedang banyak. Kemudian ia dimajukan lagi ke mahkamah dengan tuduhan menghina pelajaran tasauf dan ia ditahan dalam sebuah tempat tahanan kelas satu yang diberi pelayan untuk melayaninya. Tidak lama kemudian ia dikeluarkan lagi dari penjara. Jadi Ibnu Taimiyah bukan saja memfatwakan bahawa Tuhan duduk bersila di atas 'arasy tetapi juga menghentam pengajian-pengajian tasauf, tidak menyukai tarikat-tarikat, yang di Mesir ketika itu dan sampai kini sedang berkembang.Pada tahun 709 H ia dibuang lagi ke Iskandariah oleh Sultan Muzaffar Klaun dan tinggal di situ selama 7 bulan. Sebabnya tidak lain ialah kerana mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil dalam agama dengan semboyan "kembali kepada Allah dan Rasul". la menganggap bahawa ulama-ulama Islam yang berkumpul dalam 4 mazhab, begitu juga ulama-ulama Usuluddin Ahlussunnah wal Jama'ah semuanya dianggapnya tukang bid'ah.Yang tidak kurang bid'ah hanyalah ia seorang.

    Pada tahun 712H ia kembali ke Damsyik. Di Damsyik pada ketika itu ia mengeluarkan bukan saja fatwa-fatwa dalam Usuluddin tetapi juga dalam hukum-hukum fikah yang berlainan dan bahkan yang bertentangan dengan mazhab yang empat, sehingga bolehdikatakan ia sudah keluar dari lingkungan mazhab yang 4 itu, khususnya telah keluar dari Mazhab Hanbali yang ia anutinya sebelumnya.Pada tahun 718H keluar lagi perintah dari Sultan yang berkuasa di Damsyik ketika itu untuk melarang Ibnu Taimiyah berfatwa, kerana ia mengulangi lagi fatwa-fatwanya yang ganjil-ganjil yang berlainan dari fatwa ulama-ulama Islam yang banyak pada waktu itu.Tatapi perintah ini dilanggarnya. Dalam pengadilan agama yang terdiri dari ulama-ulama ahli hukum yang bersidang tanggal 22 Rejab tahun 720H ia dimasukkan lagi ke dalam tahanan sampai tahun 721 H.Tahun 721 H ia dikeluarkan lagi dari tahanan. Akhirnya riwayat Ibnu Taimiyah sangat menyedihkan. Beliau meninggal dalam penjara benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728 Hijrah, sesudah mengalami penahanan beberapa tahun. Ibnu Batuta, seorang pengembara dari Tangger, AI-Jazair pada akhir abad ke VII dan permulaan abad ke VIII H. menerangkan dalam bukunya yang bernama "Rahlah Ibnu Batuta"., pada jilid I, halaman 57 begini.Adalah di kota Damsyik, Syria seorang ahli fikah yang besar dalam mazhab Hanbali namanya Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah. la banyak membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, tetapi sayang sekali otaknya sedikit goncang". Penduduk kota Damsyik sangat menghormati orang itu. Pada suatu ia mengajar di atas mimbar masjid Damsyik. Ia mengeluarkan beberapa ucapan atau fatwa yang berlainan dari fatwa ahli-ahli fikah yang lain, sehinggga akhirnya diadukan orang kepada Raja Naser di Kaherah.Ia dibawa ke Kaherah dan kepadanya dihadapkan beberapa tuduhan dihadapan pengadilan yang memeriksa perkaranya. Ibnu Taimiyah tidak memberi jawapan apa yang ditanyakan oleh para hakim tetapi sekalian pertanyaan dijawabnya dengan La Illaha Illallah. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam penjara dan ditahan beberapa tahun. Di dalam penjara ia mengarang sebuah kitab tafsir yang diberinya nama "Al-Bahrul Muhith". Kemudian ibunya memajukan permohonan kepada Raja Naser untuk membebaskan anaknya. Raja Nasar memperkenankan permohonan ibu ini.

    Tetapi kata Ibnu Batuta kemudian terjadi lagi hal yang serupa:"Saya ketika itu sedang berada di Damsyik. Saya hadir di masjid mendengar dia memberi pelajaran di hadapan umum di mimbar masjid Jami'. Banyak pelajaran diucapkan. Di antara perkataannya: 'Allah turun ke langit dunia serupa turunnya dengan turun saya ini", lalu ia turun satu tingkat dijinjang mimbar. Pada ketika itu seorang ulama ahli fiqh mazhab Maliki bernama Ibnus Zahra' membantah dia dan melawan ucapan-ucapan Ibnu Taimiyah (lihat Rahlah Ibnu Batuta, juzuk I halaman 57, buku cetakan Azhariyah, Kaherah 1928H).Ibnu Batuta melanjutkan laporannya: Murid-murid Ibnu Taimiyah marah kepada Ibnu Zahra', lalu mereka berpukulan.Raja ini seorang yang baik, beliau memerintahkan pada Raja Mesir namanya Naser supaya Ibnu Taimiyah dibawa pengadilan tinggi, kerana fatwanya dalam agama banyak yang salah-salah. Di antaranya fatwa yang salah itu, kata Ibnu Batuta ialah bahawa talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap jatuh satu, berpergian ziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dianggap maksiat dan lain-lain.Sesudah diadakan persidangan maka diambillah keputusan bahawa Ibnu Taimiyah ditetapkan telah melakukan kesalahan-kesalahan kerana banyak fatwanya dalam fikah dan dalam usuluddin yang menyeleweng, tidak sesuai dengan ajaran-ajaran yang diajarkan oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi dan tidak sesuai pula dengan ajaran-ajaran agama yang biasa diajarkan oleh ulama­ ulama Islam.Kerana itu ia dihukum penjara di Benteng Damsyik. la ditahan dan mati dalam penjara Benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728H.Demikian keterangan Ibnu Batuta dalam buku "Rahlahnya". Teranglah bahawa IbnuTaimiyah ini boleh dikatakan seorang ulama besar, tetapi otaknya sedikit kacau, sekali ia katakan dan ia fatwakan dengan lancang, bahawa Tuhan duduk serupa saya duduk ini, dan tuhan turun serupa turun saya ini, dan di waktu yang lain ia fatwakan bahawa walaupun Tuhan bertangan dan bermuka, tetapi mukanya tidak serupa dengan muka kita, Tuhan Allah tak serupa dengan makhluk, katanya.Tersebut dalam kitab "Daf'us Syubah man Tasyabbah wa Tamarrad" (penolak subhat yang membikin subhat dan penyelewengan), karangan Mufti dan Syaikhul Islam Taqiyuddin al Husaini ad Dimsyagi (meninggal di Damsyik tahun 829H), pada halaman 41 begini:"Mengkhabarkan Abu Hasan 'Ali ad Dimsyagi, ia terima dari bapanya bahawa bapanya menghadiri majlis ibnuTaimiyah di Masjid Damsyik".Ibnu Taimiyah memberi pelajaran di hadapan umum. Ketika ia sampai kepada pengajian ayat 'Tuhan istawa di atas Arasy" maka ia (Ibnu Taimiyah) mengatakan bahawa Tuhan duduk bersila serupa sila saya ini.Pada ketika itu pendengar jadi ribut dan marah sehingga ia dilempari dengan sepatu dan sandal, diturunkan dari kerusi duduknya, ditampar dan dipukul beramai-ramai. Perkara ini sampai kepada polisi dan hakim yang kemudian mengadakan persidangan untuk mengadili Ibnu Taimiyah itu. Mendengar jawapan-jawapan Ibnu Taimiyah dalam pengadilan, hakim-hakim menjadi geli melihal kedangkalan ilmu Ibnu Taimiyah itu".

    Demikian tersebut dalam buku "Daf'us Syubah man tasyabbah wa tamarrad", karangan Taqiyuddin alHusaini orang Damsyik yang meninggal 9 tahun terkemudian dari lbnu Taimiyah. Khabar ini didengarnya dari bapanya yang menghadiri majlis Ibnu Taimiyah.Teranglah dalam kedua keterangan itu, yakni keterangan-keterangan Ibnu Batuta dan Taqiyuddin alHusaini, bahawa Ibnu Taimiyah termasuk golongan orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk, golongan Musyabbihah kerana ia mengatakan bahawaTuhan turun dari langit tiap-tiap malam seperti turunnya dari mimbar dan Tuhan duduk bersila di atas'Arasy seperti ia duduk di atas kerusi, walaupun ia banyak kali pula mengatakan bahawa Tuhan tidak serupa dengan makhluk.Tetapi, ya, sejarah telah berjalan, walaupun fatwanya itu tersesat namun pengikutnya ada saja, sesuai dengan peribahasa Arab: "Likalli saqith laqith (tiap-tiap yang jatuh ada pemungutnya). Di antara penganut dan penerus fahaman Ibnu Taimiyah adalah murid Ibnu Hadi dan Ibnul Qayim al-Jauzi, pengarang kitab "Zadul Ma'ad" serta Muhamad bin Abdul Wahab, pembangun fahaman Wahabi.

    BalasPadam
  2. Minta penulis jangan cuba kelirukan orang awam. Dalil yang digunakan banyak berkaitan dengan ahlul bait.

    BalasPadam
  3. Kalau pemimpin Melayu tu x hukum laksana Islam, org nak laksana hukum Islam dia halang pulak... macam mana... adakah pemimpin itu mesti terus disokong ?!!!

    BalasPadam
  4. boleh beritahu kredibiliti diri untuk ulas isu cam ni. Setakat profil cm tu je x cukup yakin bahawa penulis seorang yang "layak" untuk membahas dan memberi pandangan seperti ini. Setakat main cedok je x jadi la.

    BalasPadam
  5. jika melihat kepada hadis yang digunakan penulis, penulis terlalu memberi interpitasi secara harfi, sy x sentuh soal sahih @daif tp mlihat hbungan hadis ng latar tempat dan waktu..

    BalasPadam
  6. kalau hadis riwayat at-tarmizi menyebut kaum Quraisy adalah pemimpin manusia hingga ke hari kiamat, saya cadangkan Perdana Menteri & Agong Malaysia dilantik dari kalangan puak Quraisy.

    sekian,
    Melayu retorik,

    Allahuakbar!

    BalasPadam
  7. "talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap jatuh satu"...

    Kalu bab ni Mazhab Hanafi pn serupa... 3 sekaligus tidak jatuh tiga, dikira satu, kalu bertutut2 baru dikira 3... Setiap fiqh ada usulnya... jd kena kaji dan fahamkan betul2 knp Imam Hanafi berijtihad mcm ni... Sama mcm Ijtihad Syafi'i 3 jatuh 3... wallahu a'lam...

    BalasPadam
  8. Salam Sekelian, ini lah dikatakan akhirzaman, keturunan Rasullullah pun dipersendakan dan dipermainkan oleh insanIslam tatapi tak Islam sepenuhnya. Islam datang ke ufuk timur ini untuk Melayu kita sekian lama, negara kuffar lain berjiran Islamm dipancung habis. Fikir-fikirlah bersatu kita sebelum malapetaka bencana alam menimpa kita pada 2012 nanti, tetapi dah terlewat lagi terlambat... Takbir313.99.33 KEMEGA.

    BalasPadam
  9. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

    “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

    BalasPadam
  10. "Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak"

    Jadi betullah orang Melayu patutnya memimpin Malaysia

    BalasPadam