
Saya tidak terkejut dengan gelagat pemimpin dan penyokong fanatik parti tersebut sekalipun mereka mempamerkan ‘pakaian agama’ kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah banyak memperingatkan kita dengan golongan sebegini yang pasti akan akan wujud terutama diakhir zaman ini.
“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan al Quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka al Quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca al Quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah pada Hari Kiamat.” [Hadith Riwayat al Bukhari]
Bolehlah saya katakan bahawa mereka ini hampir menyerupai ciri-ciri Khawarij, iaitu mereka lebih memusuhi orang Islam lain yang tidak separti dengan mereka dari orang kafir, sekalipun mereka tidak memeranginya dalam ertikata membunuh saudara seagama secara fizikal. Apabila ada saudara seagama tidak sependapat dengan kelompok parti mereka akan dimusuhi sekalipun orang itu bukan ahli atau penyokong parti lawan. Keadaan berbeza apabila rakan politik bukan Islam dari parti seangkatan mereka lantang melaungkan penolakan terhadap cita-cita mereka sendiri untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah ‘Negara Islam’.
Perhatikanlah sikap mereka terhadap orang kafir yang sepakatan ini menghina Islam, mempertikaikan peruntukan kerajaan untuk pembangunan Islam, mempertahankan orang murtad dan memetik secara semberono ayat-ayat al Quran, namun mereka hanya membiarkan saja dan sebaliknya mengambil langkah kompromi demi kepentingan politik parti pakatan mereka. Mereka sanggup melakukannya sekalipun mereka tahu tindakan itu boleh memudharatkan kedudukan Islam dan umatnya di masa hadapan! Ambil saja isu kalimah Allah dan kedudukan politik orang Melayu-Islam di Perak sebagai contoh.
Dalam satu laporan oleh Harakahdaily, pemimpin dan ulama besar mereka, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengungkapkan kata-kata berikut :
"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam.”
Renungilah firman Allah Taala:
Di atas faktor politik asobiyyah kepartian pakatan mereka, puak parti ini sanggup bersekongkol dan bertolak-ansur dengan sebuah parti sekular yang secara terang-terangan mempunyai dasar menolak ketuanan orang Islam, apatah lagi terhadap usaha untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh di negara ini.
Nampaknya mereka lebih suka berkawan rapat dengan parti orang kafir yang bersifat ultra-kiasu dan cauvinis bernama DAP ini. Bagi mereka matlamat politik lebih penting dari persaudaraan Islam.
Pemimipin dan ulama mereka sentiasa menggunakan ayat-ayat Allah yang ditujukan kepada orang kafir untuk ditujukan kepada saudara seagama yang berlawanan parti dengan mereka. Sikap ini juga menonjolkan jelmaan kepada ciri-ciri Khawarij seperti yang disabdakan oleh Nabi dalam banyak hadis sahih.
Perkara ini sebagaimana dikatakan Ibnu Umar r.a :
“Mereka mengambil ayat-ayat yang berbicara tentang orang kafir dan mereka tujukan kepada kaum muslimin”. [Shahih Bukhari Kitab Istitaab Al-Murtadin Bab VI. Fathul Baari 12/282]
Mereka juga suka melaung-laungkah tentang perjuangan menegakkan hukum Allah di negara ini. Halnya sama seperti slogan yang sering dilaungkan oleh puak Khawarij dahulu dan sekarang iaitu ‘tiada hukum melainkan bagi Allah’. Dalam hal ini Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a. pernah menghuraikan slogan sebegitu dengan katanya:
“Perkataan benar yang bertujuan batil (jahat)”
Secara mata kasar dilihat seolah-olah solat, puasa dan bacaan al Quran mereka sangat hebat dibandingkan dengan orang lain, walhal mereka sebenarnya melakukan tindakan melanggar ajaran agama secara tidak sedar, melainkan ia boleh dikenalpasti oleh orang yang mendapat petunjuk yang benar dari al Quran dan as Sunnah.

Khawarij juga terkenal dengan sikap memusuhi pemerintah dan suka menimbulkan huru-hara dalam masyarakat. Hari ini kita lihat adanya sebilangan penyokong parti yang menggunakan nama Islam ini sanggup terlentang di atas jalan raya, merusuh, memekik dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap saudara seagama terutama pemerintah semata-mata disebabkan politik kepartian.
Sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh dengan ajaran al Quran dan as Sunnah, saya suka menasihatkan mereka supaya kembali ke pangkal jalan, beristighfar, memohon maaf atas keterlanjuran dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar.
Ketahuilah Islam lebih dari politik kepartian. Islam memang tidak boleh dipisahkan dari politik, tetapi politik kebencian, fitnah-memfitnah, memusuhi sesama saudara agama, perpecahan adalah antara unsur-unsur politik kepartian yang wajib dipisahkan dari agama kita!








Berkatilah dan rahmatilah majlis kami ini. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan petunjuk-Mu. Berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab kami bersifat fardhu ain mahupun fardhu kifayah, agar kami menjadi hamba-Mu yang bertaqwa. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkan setiap ibadah kepadaMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan, kecergasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu melaksanakan segala ketaatan kepada-Mu.
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami sebagai insan yang bersaudara, eratkanlah perhubungan diantara kami untuk bekerjasama. Jadikanlah kami, hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa, mematuhi segala perintah-Mu dan Rasul-Mu yang mulia, agar kami dapat meneruskan amanah Tun Dr. Mahathir Mohamad serta perjuangan beliau yang belum selesai untuk agama, bangsa dan negara.






